Thursday, June 20, 2024

Creating liberating content

Mawar Fareeda Sasar Jual...

MAWAR, isteri kepada pelakon Fizo Omar telah memperkenalkan produk terbaharu keluaran syarikatnya iaitu...

Aksem Kedah Rampas 109...

BUKIT KAYU HITAM - Agensi Kawalan Sempadan (Aksem) Kedah merampas 109 guni berisi...

Pemilihan PKR Cabang Julau...

KUALA LUMPUR – Pemilihan PKR cabang Julau di Sarawak tidak akan diadakan semula...

Peminat Sabah Bergambar Dengan...

DEK kerana populariti yang dikecapi Liyana Jasmay, suami kepada pelakon ini turut terkena...

Saina, Kashyap Naik Pelamin

NEW DELHI – Bekas pemain badminton wanita nombor satu dunia dari India, Saina Nehwal akan melangsungkan perkahwinan dengan rakan sepasukannya, Parupalli Kashyap pada Disember ini, menurut laporan media tempatan, hari ini.

Saina mengesahkan perkahwinannya dengan pemain ranking 57 dunia, Kashyap kepada akhbar harian, Times of India dengan berkata ia adalah masa yang tepat untuknya membina mahligai bahagia.

Khabar angin mengenai percintaan kedua-duanya sudah pun tersebar agak lama tetapi pasangan itu mengambil pendekatan mendiamkan diri.

Saina, 28, berkata, dia mula menjalin hubungan dengan Kashyap, 32, pada 2007 selepas mereka mengharungi jelajah bersama-sama tetapi menangguhkan perkahwinan bagi memberi fokus terhadap karier masing-masing.

“Dalam dunia kompetitif yang kami jalani, sukar untuk rapat dengan seseorang. Tetapi entah bagaimana kami mendapati amat mudah untuk kami bercakap satu sama lain,” katanya kepada akhbar berbahasa Inggeris itu.

Saina berkata dia tidak mahu mendedahkan perkara berkenaan kepada keluarganya tetapi mereka sudah pun dapat menghidunya.


“Saya tidak perlu memberitahu mereka. Kami sering bersama-sama dalam kebanyakan masa dan keluarga saya juga sering bersama saya ketika kejohanan, jadi mereka faham dengan siapa saya rapat.”

Saina yang memenangi pingat gangsa di Sukan Asia 2018 Indonesia ketika ini menghuni ranking ke-11 dunia.

Perkahwinan yang dijadualkan berlangsung pada 16 Disember ini akan menjadi satu lagi perkahwinan membabitkan dua atlet berprofil tinggi.

Sebelum ini, bintang tenis India, Sania Mirza berkahwin dengan pemain kriket Pakistan, Shoaib Malik dalam satu majlis besar-besaran pada 2010 manakala bintang kriket India, Dinesh Karthik berkahwin dengan sensasi skuasy, Dipika Pallikal. – AFP

Kategori