• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, April 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

FGV Setuju Berikan 2 Kerusi Lembaga Pengarah

oleh Ahmad Albab
08/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) bersetuju memberikan dua kerusi dalam Lembaga Pengarahnya untuk wakil FELDA, bagaimanapun satu daripada kerusi itu adalah kerusi gantian.

Pengerusi FELDA, Tan Sri Shahrir Abd Samad berkata, keputusan dicapai dalam satu pertemuan antara beliau dengan pemangku Pengerusi FGV, Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob, minggu lepas.

Katanya, sebelum ini, FELDA memohon tiga wakilnya diletakkan dalam Lembaga Pengarah FGV tetapi langkah itu memerlukan FGV menambah bilangan Ahli Lembaga Pengarah kepada maksimum 13 orang.

“Berdasarkan perundingan dengan pihak FGV, mereka bersetuju memberikan dua kerusi kepada Felda, dengan satu daripadanya adalah kerusi gantian.

“Dengan persetujuan ini, ia bermakna keseluruhan Ahli Lembaga Pengarah adalah seramai 11 orang, iaitu tiga lantikan kerajaan, dua daripada FELDA dan enam lagi merupakan Lembaga Pengarah Bebas.

“FGV juga tidak perlu mengadakan mesyuarat agung luar biasa semata-mata untuk menambah Ahli Lembaga Pengarah kerana bilangan sekarang masih termaktub dalam perlembangan syarikat,” katanya kepada pemberita ketika majlis rumah terbuka Aidilfitri Parllimen Johor Bahru di sini, hari ini.

Menurutnya, dalam keadaan FGV masih terumbang-ambing, FELDA tidak mahu penetapan kerusi itu dilengah-lengahkan kerana FGV boleh terkesan dengan perkara negatif.

Tambahan pula, FGV kini kehilangan beberapa individu penting, iaitu Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Zakaria Arshad dan Ketua Pegawai Kewangan, Ahmad Tifli Mohd Talha yang dipaksa bercuti awal Jun lalu.

Turut berdepan situasi sama ialah Pengurus Besar Kanan Delima Oil Products, Kamarzaman Abd Karim dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV Trading, Ahmad Salman Omar. Delima Oil merupakan anak syarikat FGV.

Sementara itu, Shahrir yang merupakan anggota Parlimen Johor Bahru berkata, Barisan Nasional (BN) mahupun masyarakat FELDA tidak akan terkesan dengan analisis sesetengah pihak yang mengatakan BN akan kehilangan sekurang-kurangnya lima kerusi dalam kawasan FELDA pada pilihan raya umum akan datang, ekoran krisis FGV itu.

“Analisis ialah analisis. Kita tidak boleh larang tetapi pada kami (BN), kita bekerja dan tidak berhenti,” katanya. – BERNAMA

Tags: FGV
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Raja Muda Perlis Alu-Alukan Kerjasama FGV – MAIPS

Raja Muda Perlis Alu-Alukan Kerjasama FGV – MAIPS

02/07/2022
0

KUALA LUMPUR : Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan bahawa kerjasama Felda Global Ventures (FGV) bersama Majlis...

Serangan PH Terhadap FGV Dan FELDA : Apa Agenda Utama?

Serangan PH Terhadap FGV Dan FELDA : Apa Agenda Utama?

28/06/2022
0

Sejak beberapa hari ini, boleh dilihat PH berusaha untuk menjatuhkan kredibiliti FGV dan FELDA dengan pengumuman Mesyuarat Agung FGV untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd