• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Felda Terengganu Keluarkan Insentif RM14 Juta

oleh AK-47
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA NERUS – Felda Wilayah Terengganu telah mengeluarkan peruntukan  sebanyak RM14 juta yang disalurkan kepada 5,000 peneroka di 21 buah rancangan Felda negeri ini sempena Aidilfitri.

Pengurus Besar Felda Wilayah Terengganu Mohd Saidiee Salleh berkata setiap keluarga menerima RM780 merangkumi insentif persiapan hari raya sebanyak RM500 dan dividen Felda Global Ventures Holdings Berhad sebanyak RM280.

“Tahun lepas kita hanya bagi insentif sebanyak RM500 sahaja kepada setiap peneroka, tetapi tahun ini ada penambahan sebanyak RM280. Kita harap insentif yang diagihkan itu telah dapat membantu peneroka membuat persiapan hari raya dan juga persiapan menunaikan haji bagi yang terpilih,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Hari Raya dan Rumah Terbuka Felda Wilayah Terengganu serta meraikan 108 peneroka Felda yang akan menunaikan Fardu Haji mulai 24 Julai ini.

Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman dan Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi,  Multimedia dan Tugas-tugas Khas negeri Ghazali Taib.

Ditanya mengenai dakwaan sesetengah pihak bahawa kawasan Felda menjadi sarang penagih dan pengedar dadah, Mohd Saidiee berkata masalah itu tidak begitu kritikal di sini dan masih terkawal.

“Kita telah mengambil langkah-langkah pencegahan dengan mengadakan perbincangan dengan pengurus-pengurus rancangan, ketua-ketua peneroka dan peneroka sendiri serta mendapatkan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dalam usaha pencegah gejala itu daripada berleluasa.

“Ini termasuk meminta bantuan AADK untuk membuat pemeriksaan mengejut dan pemeriksaan air kencing secara rambang termasuk kepada kakitangan Felda sendiri dalam usaha membanteras gejala itu daripada berleluasa di rancangan Felda,” katanya.

Mohd Saidiee berkata pihaknya tidak akan berkompromi dengan jenayah pengedaran dan penagihan dadah selaras usaha kerajaan negeri dalam menjadikan Felda sifar kegiatan penyalahgunaan dadah.

– BERNAMA

Tags: Felda
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Selesai Tabung Haji, Bongkar FELDA” – PMX Anwar

“Selesai Tabung Haji, Bongkar FELDA” – PMX Anwar

15/08/2026
0

MELAKA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan beliau akan membongkar tentang amalan menyakau dalam FELDA pula selepas...

PMX Kata Tak Mahu Serang Sesiapa, Seminit Kemudian Sebut ‘Sakau’ Tabung Haji

PMX Kata Tak Mahu Serang Sesiapa, Seminit Kemudian Sebut ‘Sakau’ Tabung Haji

31/07/2026
0

SEREMBAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam nada lembut ketika berkempen malam ini mendakwa beliau datang ke Negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd