Sunday, January 12, 2025

Creating liberating content

Agong Hadir Majlis Graduasi...

LONDON - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menjejakkan...

Ardell Aryana Pilih Berdiam...

PELAKON Ardell Aryana masih tetap dengan pendiriannya yang enggan memberi sebarang kenyataan mengenai...

Jamal Tarik Diri Ahli...

KUALA LUMPUR: Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah, 63, mengumumkan penarikan diri sebagai Ahli...

Peminat Anggap Alif Satar...

SELEPAS belasan tahun mengenal dunia seni, nama Alif Satar kini dilihat semakin kukuh...

Fathia Bakal Nikah Mr. A Hujung Tahun?

TIADA angin, tiada ribut tiba-tiba terdengar desas-desus mengatakan pelakon Fathia Latiff bakal mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihannya hujung tahun ini.

Pelakon yang popular dengan drama Ariana Rose itu bagaimanapun masih belum memberikan jawapan pasti tentang ura-ura tersebut.

Namun dalam beberapa laporan sebelum ini, Fathia pernah memberitahu dia semakin rapat dengan jejaka yang hanya diperkenalkan sebagai Mr. A yang dikenalinya sejak menuntut di Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Mereka berdua juga sudah saling mengenali sejak enam tahun lalu, tetapi khabarnya hubungan cinta mereka hanya berputik sejak beberapa bulan lalu.

Fathia dan kekasihnya yang juga ahli perniagaan berusia 20-an itu sudah merancang untuk mendirikan rumah tangga namun tarikhnya masih belum ditetapkan lagi, tetapi khabarnya sekitar bulan November atau Disember tahun ini.

Sementara itu, Fathia dan Mr. A juga dikatakan sudah bertemu keluarga masing-masing dan mereka semuanya senang dengan satu sama lain serta memberi restu.


Penerimaan keluarga mungkin juga menjadi sebab utama mengapa hati Fathia perlahan-perlahan terbuka. Ya lah, sebelum ini kan dia putus cinta dengan pelakon Aiman Hakim selepas lebih empat tahun menyulam cinta.

Khabarnya, Fathia terpaut dengan ketulusan hati Mr. A yang sering bersabar dengan kerenahnya.

Jika betullah Fathia dan Mr.A bakal berkahwin dalam beberapa bulan akan datang ini, maka termakbullah salah satu doa Fathia di hadapan Kaabah semasa mengerjakan umrah bersama keluarganya Ramadan lalu. – MYNEWSHUB.CC

Kategori