• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ex-Rimau 2017 Fokus Latihan Hadapi Ancaman Keganasan

oleh AK-47
10/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Latihan bagi menangani ancaman keganasan merupakan fokus utama latih amal Ex-Rimau 2017 yang diadakan di Kuala Lumpur City Centre (KLCC) sebagai persiapan menghadapi Sukan SEA Ke-29 yang akan berlangsung bulan depan.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mazlan Lazim berkata seramai 423 pegawai dan anggota daripada pelbagai unit polis antaranya Unit Pemusnah Bom (UPB) menyertai latihan selama dua hari bermula semalam.

Beliau berkata latihan juga akan diadakan di Stesen KL Sentral pada masa dan tarikh yang belum ditetapkan.

“Latih amal ini diadakan untuk memastikan tahap keselamatan serta kesiapsiagaan anggota berada di tahap tertinggi khususnya semasa Sukan SEA diadakan.

“Pelbagai senario berkaitan ancaman terkini di luar negara termasuk keganasan diwujudkan sebagai persiapan awal untuk menangani pelbagai permasalahan yang mungkin timbul,” katanya dalam sidang media selepas latihan itu hari ini.

Mazlan turut mengingatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat atau berita palsu mengenai latihan itu kerana ia boleh menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat.

“Ada sesetengah maklumat diambil pada tahun lepas dan diviralkan tahun ini. Mereka perlu merujuk kepada pihak berkuasa terlebih dahulu sebelum sebarkan maklumat berkaitan.

“Selain itu orang ramai juga diminta untuk menyalurkan apa jua maklumat berkaitan ancaman kepada polis dengan segera bagi memudahkan tindakan diambil,” katanys.

Latihan meliputi pelbagai elemen polis iaitu Unit Tindakan Khas (UTK), 69 Komando, Pasukan Polis Marin (PPM), Pasukan Gerakan Udara (PGU), Pasukan Gerakan Am (PGA), Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) serta anggota-anggota tugas am.

Ia dapat menguji keberkesanan perancangan dan tindakan polis dalam menghadapi situasi ancaman keselamatan serta peranan dan tugas Komander-Komander Briget sebagai ketua Pasukan Tindakan Krisis (CRT).

Sempena persiapan menjelang Sukan SEA mulai 19 hingga 30 Ogos ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar telah mengarahkan PDRM mengadakan latih amal persiapan sebanyak lima siri termasuk di KLCC.

– BERNAMA

Tags: Ancaman KeganasanDatuk Mazlan Lazim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tangkapan Insiden Kuil Kini 102 Individu

06/12/2018
0

SHAH ALAM - Polis menahan tiga lagi individu untuk membantu siasatan kes rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25,...

Samun Di Kuchai Lama: Suspek Bekas Tahanan Poca

22/11/2018
0

KUALA LUMPUR — Suspek lelaki yang ditahan dalam kejadian samun kedai emas dan mengakibatkan lima penjenayah ditembak mati di sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd