• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ESSCom Cadang Wujud Pusat Pemeriksaan Laut

oleh Ahmad Albab
31/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LAHAD DATU – Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) mencadangkan pewujudan pusat pemeriksaan di laut di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) bagi mengekang jenayah rentas sempadan.

Komandernya DCP Datuk Hazani Ghazali berkata pusat itu bakal menjadi pintu masuk pemeriksaan bagi semua bot dan kapal yang ingin berlabuh ke tanah besar di daerah ESSZone.

“Anggota kita akan buat pemeriksaan sebelum memberikan surat kebenaran ke tanah besar. Bagi yang gagal mendapatkan surat kebenaran dan melanggar perintah akan dikenakan tindakan tegas,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Beliau berkata, perkara itu telah diketengahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Timbalan Perdana Menteri serta pada dasarnya ia disambut baik dan dipersetujui demi keselamatan daerah ESSZone.

“Namun perkara ini saya akan usulkan kembali kepada Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) Sabah untuk tindakan lanjut,” katanya.

ESSZone meliputi beberapa daerah di Sabah iaitu Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Beluran, Kinabatangan, Sandakan dan Kudat. – BERNAMA

Tags: EsscomSabah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Dukacita Tiga Anggota Polis Maut, Arah Siasatan Menyeluruh

PMX Anwar Dukacita Tiga Anggota Polis Maut, Arah Siasatan Menyeluruh

07/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa dukacita terhadap tragedi tiga anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM)...

MET Malaysia Keluar Nasihat Tsunami Di Sabah

MET Malaysia Keluar Nasihat Tsunami Di Sabah

08/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan nasihat tsunami susulan gempa bumi kuat bermagnitud 7.9 yang berlaku di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd