• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Enggan Patuhi RoS, DAP Tunjuk Belang Sebenar

oleh AK-47
11/07/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata sikap DAP yang mempertikai arahan Pendaftar Pertubuhan (RoS) supaya mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) menunjukkan belang sebenar dan sikap diktator parti itu.

“Undang-undang ini bukan UMNO tetapkan tetapi RoS. Buktinya suatu ketika dahulu UMNO pernah diharamkan, tetapi kita akur dengan menubuhkan UMNO baharu seperti yang diarahkan RoS.

“Siapa DAP yang boleh mengatasi undang-undang? Inilah sikap sebenar DAP, belum lagi memerintah sudah berani langgar undang-undang negara. Jika diberi peluang memerintah hancur negara ini,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Hari Raya Aidilfitri Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) 2017 di sini, hari ini.

Jumaat lepas, Ketua Pengarah RoS, Datuk Mohammad Razin Abdullah dilaporkan berkata jabatan itu akan mengeluarkan arahan meminta DAP mengadakan pemilihan semula CEC kerana RoS mendapati pelantikan 20 anggota CEC dan pemegang jawatan utama parti itu hasil pemilihan semula pada 29 Sept 2013, tidak sah dari segi undang-undang.

Ismail Sabri yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, berkata keengganan DAP mengadakan pemilihan semula hanya akan menyebabkan mereka tidak dibenarkan bertanding dalam pilihan raya kelak.

“DAP tidak akan mengalami sebarang kerugian apa-apa sekiranya mereka mematuhi peraturan RoS kerana ia bukan ditentukan oleh UMNO atau Barisan Nasional,” katanya. – BERNAMA

Tags: DAPDatuk Seri Ismail Sabri YaakobROS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor: DAP Sediakan Bas Bawa Pulang Pengundi Dari Singapura, Kuala Lumpur

PRN Johor: DAP Sediakan Bas Bawa Pulang Pengundi Dari Singapura, Kuala Lumpur

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – DAP menyediakan perkhidmatan bas percuma untuk pengundi yang berada di Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Singapura pulang...

PRN Johor: Mampukah BN Tawan Semula DUN Penggaram?

PRN Johor: Mampukah BN Tawan Semula DUN Penggaram?

02/07/2026
0

BATU PAHAT - Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini menyaksikan DUN Penggaram sekali lagi menjadi antara kerusi yang paling...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd