Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

APMM Selamat 5 Nelayan...

KEMAMAN - Lima nelayan tempatan diselamatkan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) pagi...

Mangsa Banjir Di Sabah...

KUALA LUMPUR - Sabah masih mencatatkan peningkatan jumlah mangsa banjir, manakala keadaan di Pahang...

MH198 Ke Hyderabad Berpatah...

KUALA LUMPUR - Pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH198 yang berlepas ke Hyderabad,...

Rayuan Ditolak, Ziyad Sah...

KUALA LUMPUR - Rayuan terhadap penarikan semula pingat emas yang dimenangi atlet lontar...

Dr. Mahathir Tidak Tolak Tanding PRU14

KULIM – Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Tun Dr Mahathir Mohamad tidak menolak kemungkinan bertanding di mana-mana kawasan sekiranya keadaan terdesak apabila tiada calon pilihan yang bersesuaian pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.

Bagaimanapun, beliau yang ditemui pada majls Jamuan Hari Raya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Kedah berkata sehingga kini keadaan itu tidak timbul kerana parti itu masih mempunyai ramai calon yang layak .

“Saya tak tentukan lagi, saya akan bertanding ataupun tidak, cuma dalam keadaan terdesak sahaja barulah saya akan bertanding tapi di waktu ini tak nampak terdesak,” katanya.

Sebelum ini, khabar angin mengatakan Pengerusi PPBM itu akan bertanding pada PRU14.

Sementara itu, Dr Mahathir menyifatkan hasrat PAS untuk bertanding di semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 15 kerusi Parlimen di Kedah hanya untuk memenangkan UMNO dan Barisan Nasional (BN).


Beliau berkata kemasukan PAS dalam sesebuah kawasan akan mendorong pertandingan tiga penjuru dan ini akan memberi kelebihan kepada Barisan Nasional.

Bagi PPBM pula , Dr Mahathir yakin parti itu mendapat sokongan anggota PAS disebabkan berlaku perpecahan di kalangan mereka selain hilang keyakinan kepada kepemimpinan tertinggi PAS. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • PRU14

Kategori