• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Donald Trump Tetap Pertahan Anak, Bidas Media

oleh Ahmad Albab
14/07/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON DC – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump semalam menulis menerusi akaun Twitter mempertahankan anak lelaki sulungnya yang mengatakan beliau ‘tidak bersalah’.

Ia sususlan kecaman pelbagai pihak di AS berkaitan e-mel yang melanjutkan spekulasi berhubung peranan Moscow dalam pilihan raya presiden 2016.

Donald Trump Jr. mendedahkan e-mel kelmarin menunjukkan beliau mengalu-alukan usaha Rusia menyokong kempen presiden bapanya, mengakui ‘tidak sabar’ mendapatkan maklumat buruk daripada Moscow berkaitan Hillary Clinton.

“Anak lelaki saya, Donald melakukan tugas yang baik malam tadi. Beliau bersikap terbuka, telus dan tidak bersalah.

“Ini adalah pemburuan terbaik ‘ahli sihir’ dalam sejarah politik. Kecewa!” kata Trump di Twitter, merujuk temuramah anak lelakinya lewat kelmarin dalam Fox News.

Menurut e-mel berkenaan, Trump Jr. dimaklumkan seorang pengantara, beliau mungkin boleh ‘dapat maklumat peringkat tinggi dan sensitif’ yang ‘menjadi sebahagian sokongan oleh Rusia dan kerajaannya terhadap Trump’.

Trump Jr. dalam rancangan bual bicara itu berkata, pertemuannya dengan seorang wanita dikenal pasti dalam e-mel sebagai ‘peguam kerajaan Rusia’ berakhir tanpa ada apa-apa untuk dimaklumkan.

Malahan menambah, beliau tidak memberitahu bapanya mengenai perbualan itu kerana gagal mendapatkan sebarang maklumat buruk mengenai Clinton.

Presiden AS itu turut membidas media semalam.

“Ingat, apabila anda mendengar perkataan ‘kata sumber’ daripada media palsu, sering kali sumber itu sengaja diada-adakan dan tidak wujud,” tulisnya di Twitter. – AFP/BH ONLINE

Tags: media
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tunku Mahkota Ismail Bangga JDT Dapat Perhatian Meluas Media Antarabangsa

Tunku Mahkota Ismail Bangga JDT Dapat Perhatian Meluas Media Antarabangsa

26/03/2026
0

JOHOR BAHRU – Kelab gergasi bola sepak tanah air, Johor Darul Ta’zim (JDT) kini mendapat perhatian meluas media asing selepas...

Istana Arau Jadi Tumpuan Media, Menanti Istiadat Angkat Sumpah MB Baharu

Istana Arau Jadi Tumpuan Media, Menanti Istiadat Angkat Sumpah MB Baharu

28/12/2025
0

ARAU - Istana Arau di sini menjadi tumpuan pengamal media, dipercayai bagi membuat liputan istiadat mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Perlis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd