Sample Page Title

BEBERAPA negara Arab sudah mula menunjukkan sikap mahu berbaik dengan negara Zionis, Israel dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Usaha ke arah normalisasi ini semakin rancak kebelakangan ini sejak Donald Trump menjadi presiden Amerika Syarikat.

Trump yang rapat dengan Arab Saudi mencadangkan penubuhan satu pakatan digelar “Nato Arab” menggabungkan negara-negara Arab dipimpin oleh pengaruh Arab Saudi.

Pakatan ini tujuan utamanya ialah sebagai satu kerjasama untuk menghadapi Iran, kuasa Syiah yang dianggap satu ancaman di dunia Arab.

Apabila matlamatnya menghadapi Iran, kepentingan ini sama dengan Israel yang juga mahu Iran dilemahkan dan tidak mampu menunjuk pengaruh di Asia Barat.

Maka kerjasama ini turut melibatkan Israel yang seperti juga Arab Saudi mempunyai Trump sebagai rakan baiknya.

Negara-negara Arab seperti Arab Saudi, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), dan Mesir sudah pun menjalin hubungan dengan Israel walaupun tidak mencapai hubungan diplomatik.

Mesir dan Jordan yang bersempadan dengan Israel sudah mencapai hubungan rasmi melalui perjanjian damai.

Negara-negara Arab lain menjalin hubungan secara tidak terbuka tetapi hubungan mereka tetap akrab kerana banyak kepentingan bersama.

Trump menunjukkan pendirian pro-Israel tanpa segan silu, hingga menjadi presiden AS yang akhirnya memutuskan pemindahan kedutaan AS dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.

Oktober lalu, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu melawat Oman, negara Arab bersempadan dengan Arab Saudi dan Yaman yang tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan negara Yahudi itu.

Lawatan Netanyahu itu dibuat hasil jemputan pemimpin Oman sendiri, Sultan Qaboos, dan lawatan menunjukkan kemesraan kedua-dua pemimpin.

Israel mendapat satu kejayaan melalui lawatan itu apabila ia dilayan sebagai sebuah negara yang diiktiraf, walaupun dengan sejarah kekejamannya.

Selepas lawatan yang mencetuskan kejutan di dunia Arab itu, satu laporan dari media Israel memetik seorang pemimpin agama berpengaruh Israel sebagai berkata satu perjanjian damai antara Bahrain dengan Israel akan dicapai pada 2019.


Tokoh Yahudi itu juga dipetik sebagai berkata yang negara-negara Arab di Teluk Parsi mahu normalisasi hubungan dicapai dengan Israel.

Ini menunjukkan satu lagi perkembangan normalisasi antara Arab dengan Israel yang menggemparkan.

Banyak kesan buruk akan terhasil sekiranya normalisasi ini direalisasi melalui hubungan lebih formal seperti perjanjian damai atau perjanjian seumpamanya.

Pertama, penentangan terhadap penjajahan, kekejaman dan jenayah Zionis di Palestin akan tenggelam dan dimaafkan.

Apakah tindakan yang boleh dilakukan oleh negara-negara Arab jika normalisasi terlaksana dan kekejaman Israel terhadap Palestin berterusan dan meningkat?

Pada masa yang sama, adakah normalisasi boleh membantu dalam usaha melindungi Masjid al-Aqsa yang sedang cuba dirobohkan oleh Zionis?

Bagaimanakah nasib penduduk Palestin dan pejuang-pejuang yang berperang tanpa henti dengan Israel, adakah perjuangan mereka akan dibantu, ataupun dihalang apabila hubungan negara-negara Arab berpengaruh dengan Israel dirasmikan?

Normalisasi akan mengkhianati pejuang Hamas yang berjuang di barisan hadapan dan telah menyaksikan kematian anggotanya termasuk pemimpin-pemimpinnya dibunuh Israel.

Hamas telah membuat kenyataan menentang sebarang usaha ke arah normalisasi yang akan menggugat umat Islam Palestin.

Hubungan diplomatik antara negara-negara Arab dengan Israel hanya akan mengesahkan kedudukan Israel sebagai sebuah negara yang bebas dan diiktiraf.

Jenayah kejamnya terhadap Palestin selama puluhan tahun akan dilupakan begitu sahaja tanpa keadilan.

Usaha untuk berbaik dengan Israel ini sedang berjalan dan merupakan satu perkembangan yang mendatangkan ancaman bukan sahaja kepada dunia Arab tetapi kepada seluruh umat Islam. – Mynewshub.tv

Kategori

Artikel Berkaitan

Terkini

Dutch Lady Henti Pengeluaran Serbuk Susu Tepung Di Malaysia

KUALA LUMPUR: Dutch Lady Milk Industries Bhd (DLMI) hari ini mengumumkan pengoptimuman operasi pengeluaran...

Bekalan Telur Masih Kurang Di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Bekalan telur, khususnya gred A masih tidak mencukupi di beberapa kawasan di...

Empangan Hidroelektrik TNB Sedia Laksana Fungsi Elak Bencana Musim Tengkujuh

KUALA LUMPUR: Skim empangan hidrolektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) iaitu Skim Hidroelektrik Kenyir, Skim...

Ribut Petir, Hujan Lebat Di 10 Negeri Sehingga Jam 9 Malam Ini

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi (METMalaysia) sebentar tadi mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan...

Banjir Kilat Di Putrajaya

PUTRAJAYA: Hujan lebat hampir satu jam petang ini menyebabkan beberapa kawasan dan laluan di...

Audit Cukai Mendidik Pembayar Cukai

Audit siasatan merupakan salah satu elemen yang terkandung dalam operasi Lembaga Hasil Dalam Negeri...

Penceramah Bebas Punyai 3 Isteri Berdepan Hukuman Jel 190 Tahun

KLANG – Seorang penceramah bebas berdepan hukuman penjara 190 tahun selepas didakwa di Mahkamah...