• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DAP Tidak Perlu Takut Patuhi Peraturan RoS

oleh AK-47
13/07/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – DAP tidak perlu takut untuk mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu seperti yang diarahkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) melainkan jika parti itu mempunyai masalah dalaman.

Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata DAP sepatutnya mematuhi peraturan yang ditetapkan atau perlu bersedia menanggung implikasi daripada keengganannya melakukan pemilihan semula.

“Kalau DAP tidak mahu membuat pemilihan semula atau ingkar mereka perlu bertanggungjawab dengan RoS. Kalau ada apa-apa implikasi selepas itu kena tanggunglah.

“Pada pandangan saya, eloklah DAP ikut permintaan RoS kerana negara kita ada undang-undang. Apa yang hendak ditakutkan pada pemilihan semula kalau tiada masalah dalaman,” katanya ketika ditemui pemberita di luar persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim di sini, hari ini.

Jumaat lepas, Ketua Pengarah RoS, Datuk Mohammad Razin Abdullah dilaporkan sebagai berkata jabatan itu akan mengeluarkan arahan meminta DAP mengadakan pemilihan semula CEC kerana RoS mendapati pelantikan 20 anggota CEC dan pemegang jawatan utama parti itu hasil pemilihan semula pada 29 September 2013 tidak sah dari segi undang-undang. – BERNAMA

Tags: Datuk Mohd Amar Nik AbdullahPAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Negeri Sembilan: Sah BN 25 Kerusi DUN, PN 11 Kerusi DUN

PRN Negeri Sembilan: Sah BN 25 Kerusi DUN, PN 11 Kerusi DUN

17/07/2026
0

SEREMBAN - Perikatan Nasional (PN) hari ini mengumumkan calon bagi kesemua 11 baki kerusi yang tidak ditandingi oleh Barisan Nasional...

Muhyiddin Dakwa PAS Menyimpang Daripada Dasar Perjuangan PN

Muhyiddin Dakwa PAS Menyimpang Daripada Dasar Perjuangan PN

16/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin oleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd