• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DAP Cuba Selubungi Kerugian Temasek Holdings?

oleh Ahmad Albab
24/07/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MYNEWSHUB pada 20 September 2016 telah melaporkan bahawa Temasek Holdings mengalami kerugian sebanyak S$24 bilion bagi tahun kewangan 31 Mac 2016.

Namun apa yang tidak diketahui ramai adalah ini bukan perkara baru. Syarikat pelaburan gergasi ini telah dilaporkan mengalami kerugian sejak tahun 2009.

Sering kali dilaporkan oleh media adalah kerugian ini adalah akibat daripada ketidaktentuan ekonomi dunia. Namun, ada segelintir daripada masyarakat, khususnya di Singapura mempunyai pandangan yang berlainan.

Merujuk kepada laporan blog thetruthhurts.com pada tahun 2014, Temasek Holding telah/sedang menggunakan wang daripada Tabung Persaraan Singapura – Dana Caruman Berpusat CPF (versi Malaysia dikenali sebagai KWSP/EPF) untuk menutup kerugian Temasek Holdings

(SUMBER: Did PAP Take Our CPF to Pay for the GIC’s and Temasek’s Losses?)

Bukan itu sahaja. Had pengeluaran CPF juga diperketatkan untuk mengawal aliran wang keluar daripada tabung persaraan tersebut untuk kegunaan Temasek Holdings.

Apa yang juga mengejutkan adalah bukan Temasek Holding sahaja sedang menggunakan modus operandi ini, malah GIC di Singapura juga sedang ‘diselamatkan’ dengan menggunakan wang CPF.

BACA: Temasek Rugi RM73 Bilion Atasi 1MDB, Mana WSJ?

Turut menjadi faktor kepada skandal ini adalah kedegilan Ketua Pegawai Eksekutif Temasek Holding, Ho Ching, yang juga merupakan isteri kepada Perdana Menteri Singapura, enggan meletak jawatan beliau.

Memetik sumber daripada WikiLeaks, difahamkan bahawa kedegilan Ho Ching untuk meletak jawatan telah menyebabkan syarikat pelaburan gergasi Singapura mengalami kerugian berbilion Dolar (SUMBER: https://wikileaks.org).

Ini juga telah menyebabkan beberapa perjanjian dan kerjasama terpaksa dibatalkan di antara syarikat pelaburan gergasi tersebut.

Jika dibandingkan kerugian 1MDB dengan Temasuk Holdings, jumlah kerugian 1MDB hanya kacang atau cukup sedikit. Walhal kerugian Temasuk Holdings yang dimaksudkan dikatakan mencecah RM180 bilion!

Sebagaimana yang dinyatakan di atas, Temasek Holdings kini hanya mampu bertahan dengan pertolongan CPF. Persoalannya adalah adakah Temasek Holdings akan gulung tikar jika rakyat Singapura mengetahui kisah sebenar?

Persoalan utama yang perlu dijawab oleh pihak kerajaan Singapura adalah adakah PAP sedang menggunakan wang CPF untuk menutup kerugian Temasek Holdings dan GIC? – MYNEWSHUB.CC 

Sumber rujukan lain:
i. The truth about Temasek, CPF and Lee Hsein Loong
ii. https://wikileaks.org
iii. https://wikileaks.org
iv. https://www.sammyboy.com
v. https://kenjeyaretnam.com
vi. http://www.malaysia-today.net
vii. http://www.mynewshub.tv
viii. http://www.utusan.com.my

Tags: DAPSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Veteran UMNO Desak Keluar Kerajaan, Sudah Lama Bersabar Dituduh Kuda Tunggangan DAP

Veteran UMNO Desak Keluar Kerajaan, Sudah Lama Bersabar Dituduh Kuda Tunggangan DAP

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Veteran UMNO mendesak parti itu membuat keputusan keluar dari kerajaan sekarang demi maruah Melayu dan parti. Setiausahanya,...

Sejak DAP Ada Kuasa, Sedikit Demi Sedikit Mereka Cuba Ubah – Afnan Hamimi

Sejak DAP Ada Kuasa, Sedikit Demi Sedikit Mereka Cuba Ubah – Afnan Hamimi

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden menyifatkan DAP kebelakangan ini semakin biadap dengan menyanggah titah raja...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd