• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DAP Bolot Barisan Pakatan Harapan P.Pinang

oleh AK-47
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Pakatan Harapan Pulau Pinang hari ini mengumumkan  Majlis Kepimpinan Pakatan Harapan negeri ini yang dipengerusikan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dengan lima daripada 11 anggotanya terdiri daripada anggota DAP.

Lim ketika mengumumkan barisan kepimpinan itu berkata struktur organisasi pakatan harapan Pulau Pinang itu diputuskan pada mesyuarat pertama Pakatan Harapan negeri pada 23 Julai lepas.

Struktur organisasi itu terdiri daripada empat timbalan pengerusi iaitu pengerusi PKR negeri, Datuk Mansor Othman; pengerusi DAP negeri Chow Kon Yeow; Pengerusi PAN negeri, Datuk Mujahid Yusuf dan pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) negeri, Marzuki Yahya.

Jawatan Setiausaha Majlis Kepimpinan Pakatan Harapan negeri pula diisi oleh Setiausaha Politik Ketua  Menteri Wong Hon Wai (DAP) manakala  exco kerajaan negeri Jagdeep Singh Deo (DAP) sebagai bendahari dan Dr Afif  Bahardin (PKR) sebagai ketua penerangan.

Struktur organisasi itu juga turut menamakan Chow yang juga exco kerajaan negeri sebagai pengerusi  jawatankuasa manifesto dan anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Pinang, Lim Siew Khim dari DAP sebagai ketua wanita Pakatan Harapan Pulau Pinang.

Lim pada sidang akhbar itu berkata konvensyen Pakatan Harapan dijadual diadakan pada 24 September di Seberang Perai Arena sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum. – BERNAMA

Tags: DAPLim Guan Eng
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jika Kami Menang, Car Free Zone 24 Jam Akan Dikaji Semula – DAP

Jika Kami Menang, Car Free Zone 24 Jam Akan Dikaji Semula – DAP

03/10/2026
0

MELAKA - Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong memberi jaminan dasar kawasan bebas kenderaan atau Car Free Zone (CFZ) di...

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

30/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyokong tindakan tegas berhubung isu pengurusan UiTM Holdings Sdn Bhd bagi memastikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd