• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cadangan Pindah Taman Hidupan Liar Lok Kawi

oleh AK-47
13/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Jabatan Hidupan Liar Sabah bercadang untuk memindahkan Taman Hidupan Liar Lok Kawi, Putatan ke lokasi baharu di Sugud, Penampang, kata Pengarahnya, Augustine Tuuga.

Beliau berkata pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan pegawai daerah Penampang berhubung cadangan itu dan keputusan untuk memindahkan taman hidupan liar itu bergantung kepada kerajaan.

“Sebenarnya cadangan ini kita telah kemukakan sejak dua tahun lepas. Namun banyak faktor yang kita perlu diambil kira untuk memindahkan Taman Hidupan Liar Lok Kawi ke lokasi berkenaan.

“Selain bergantung kepada peruntukan daripada kerajaan, kita juga perlu berbincang serta mendapat persetujuan daripada penduduk kampung di sekitar kawasan itu kerana hutan di kawasan Sugud itu dikelilingi beberapa buah kampung,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sesi lawatan media ke Taman Hidupan Liar Lok Kawi, Putatan yang terletak kira-kira 25 kilometer dari pusat bandar Kota Kinabalu.

Augustine berkata lokasi cadangan pemindahan di Sugud sangat sesuai berikutan keluasan hutannya iaitu kira-kira 1,618.7 hektar berbanding Taman Hidupan Liar Lok Kawi yang hanya seluas kira-kira 113.3 hektar.

Taman Hidupan Liar Lok Kawi yang menempatkan pelbagai spesies haiwan Borneo telah dibuka kepada umum sejak 17 Feb 2007.

Taman itu mempunyai pelbagai hidupan liar Borneo dan Malaysia yang boleh dilihat seperti orang utan, monyet bangkatan (proboscis monkey), gajah kecil (pygmy elephant), badak sumatera, beruang madu, burung kenyalang, harimau, kijang dan musang pulut.

Sementara itu, Pegawai Veterinar Taman Hidupan Liar Lok Kawi Dr Rosa Sipangkui berkata pihaknya membawa media melawat ke taman itu bertujuan memperlihatkan keadaan terkini haiwan di situ, berikutan komen negatif beberapa pengunjung mengenai taman itu baru-baru ini.

“Pelbagai komen yang kita telah lihat di media sosial, khususnya Facebook mengenai haiwan di taman ini. Contohnya mereka mengatakan gajah di taman ini kecil sedangkan ia adalah saiz normal bagi gajah pygmy.

“Ada juga pengunjung yang menyatakan musang pulut dan binturung di taman ini tidak aktif dan hanya tidur. Namun untuk pengetahuan kedua-dua binatang itu hanya aktif pada waktu malam dan tidur pada waktu siang,” katanya.

Dr Rosa berkata untuk memastikan semua haiwan di situ selesa dan sentiasa dalam keadaan baik, pihaknya telah mengambil beberapa langkah termasuk akan menaik taraf dengan membesarkan kandang haiwan berkenaan. – BERNAMA

Tags: Augustine TuugaTaman Hidupan Liar Lok Kawi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Suspek 60 Tahun Ditahan Kes Pemburu Haram

02/10/2017
0

KOTA KINABALU - Seorang suspek lelaki berusia 60 tahun ditangkap di Kampung Pantau-Pantau, Pulau Bum-Bum di Semporna hari ini susulan...

Taman Hidupan Liar Lok Kawi Perlu Dipindahkan

24/07/2017
0

KOTA KINABALU - Taman Hidupan Liar Lok Kawi di sini perlu dipindahkan ke lokasi lain berikutan ruangnya yang terhad, kata Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Masidi Manjun....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd