• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cadangan Cuepacs Naik Gaji, Pencen 3% Munasabah

oleh Ahmad Albab
03/07/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Kongres Persatuan Akademik Malaysia (MAAC) menyifatkan cadangan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) agar gaji penjawat awam serta pencen pesara dinaikkan dua hingga tiga peratus dalam Bajet 2018 adalah munasabah.

Presidennya, Prof. Datuk Dr. Mohd Idrus Mohd Masirin berkata cadangan itu baik untuk membantu penjawat awam khususnya dalam keadaan ekonomi semasa yang tidak menentu.

“Kos kehidupan yang semakin meningkat pada ketika ini memberikan tekanan kepada penjawat awam. Ada dalam kalangan masyarakat melihat penjawat awam sebagai kumpulan yang bernasib baik kerana bekerja dengan kerajaan.

“Namun, perbezaan dahulu dan sekarang ialah tekanan kini adalah berorientasikan KPI (Petunjuk Prestasi Utama) bagi setiap penjawat awam. Maka, bagi memastikan penjawat awam sentiasa gembira dan bersemangat bertugas, maka kebajikan serta keperluan mereka sewajarnya diberikan perhatian,” katanya kepada Bernama dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Presiden Cuepacs, Datuk Azih Muda pada 20 Jun lalu dipetik sebagai mencadangkan kerajaan mengkaji insentif kenaikan dua peratus untuk pencen pesara kerajaan serta tiga peratus bagi mereka yang sedang berkhidmat dalam Bajet 2018.

“Semoga sebarang insentif dan penghargaan serta pemberian kerajaan tersebut akan dapat memotivasikan penjawat awam untuk lebih patriotik dan memberikan perkhidmatan yang lebih berkualiti serta berimpak tinggi terhadap kemakmuran dan keharmonian rakyat serta negara,” kata Mohd Idrus. – BERNAMA

Tags: CuepacsGaji
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan berhati-hati dalam mentafsir kategori T20 atau...

Potong Gaji Ahli Parlimen Dan ADUN, Rasai Apa Rakyat Rasa – Akmal

Potong Gaji Ahli Parlimen Dan ADUN, Rasai Apa Rakyat Rasa – Akmal

28/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan dicadangkan memotong gaji semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketua Pemuda UMNO, Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd