• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Beri Amaran Kepada PAS Jangan Cabar Kesabaran PKR!

oleh Ahmad Albab
20/07/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) kesal dengan tindakan PAS mengadakan Program Pelancaran Jentera Pilihan Raya parti itu di Parlimen Permatang Pauh pada 16 Julai lalu.

Naib Presiden PKR, Chua Tian Chang berkata, program PAS itu merupakan satu tindakan provokasi dan angkuh yang tidak membantu dalam usaha menewaskan UMNO dan Barisan Nasional (BN).

“Permatang Pauh dikenali umum sebagai kerusi Parlimen yang berkait rapat dengan PKR dan menjadi lambang kebangkitan rakyat melalui gerakan reformasi sejak Pilihan Raya Umum (PRU) 1999.

“Sejak itu, Parlimen Permatang Pauh telah dimenangi PKR sebanyak enam kali dalam PRU dan Pilihan Raya Kecil (PRK). Sudah tentu PKR sanggup mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh dengan kekuatan sendiri,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Tian Chang berkata, pendirian PAS yang berikrar ingin menawan Permatang Pauh akan dipandang seolah-olah parti-parti pembangkang bertengkaran sesama sendiri.

Kata beliau, sikap PAS itu bercanggah dengan kenyataan pemimpin-pemimpin PAS yang menganggap ia masih sebahagian dari pihak pembangkang yang ingin mengalahkan UMNO dan BN dalam PRU-14.

“Sekiranya PAS bersungguh-sungguh menentang UMNO BN, kepimpinan PAS harus menghentikan segala tindakan yang mencabar kesabaran parti PKR,” katanya.

Kerusi Parlimen Permatang Pauh waktu ini disandang oleh isteri Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang juga Presiden PKR. – MYNEWSHUB.CC

Tags: PASPKR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Dr Maszlee Malik sekali lagi menabur janji kepada pengundi dengan...

Puad Zarkashi Sesuai Bersama PKR, Parti Prihatin Anak Sendiri

Puad Zarkashi Sesuai Bersama PKR, Parti Prihatin Anak Sendiri

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi sesuai menyertai Parti Keadilan Rakyat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd