• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Pengarah JKR Kekal Bebas

oleh AK-47
25/07/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan di sini hari ini mengekalkan pembebasan bekas  pengarah Pengarah Bahagian Senggara Fasiliti Bangunan, di Jabatan Kerja Raya (JKR),  daripada pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan kontrak penyelenggaraan bagi syarikat milik adiknya bernilai RM230,800.

Hakim Datuk Mohd Zawawi Salleh, yang mengetuai panel tiga hakim, menolak rayuan pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Johor Bahru yang melepas dan membebaskan Datuk Abd Rahim Ahmad daripada pertuduhan itu.

Mohd Zawawi berkata panel itu mendapati Mahkamah Tinggi tidak terkhilaf dalam keputusannya,  oleh itu ia tidak perlu campur tangan oleh Mahkamah Rayuan.

“Rayuan ditolak. Keputusan Hakim Mahkamah Tinggi dikekalkan,” kata Hakim Mohd Zawawi yang bersidang bersama Hakim Datuk Ahmadi Asnawi dan Datuk Kamardin Hashim.

Selepas mendengar keputusan itu, Abd Rahim, 61,  yang bersara tahun lepas menangis dan memeluk bebeberapa anggota keluarganya serta peguamnya Hisyam Teh Poh Teik dan M.Stanislaus Vethanayagam.

Beliau yang tidak dapat menahan kesedihan itu turut memberitahu pemberita bahawa beliau bersyukur atas keputusan itu dan kes yang bermula pada 2013 itu berakhir hari ini.

“Banyak perkara yang saya alami semasa proses kes ini. Saya kehilangan ibu dan  anak perempuan” katanya sambil menangis.

Pada 25 Ogos 2016, Mahkamah Tinggi Johor Bahru melepaskan dan membebaskan Abd Rahim daripada pertuduhan itu selepas membenarkan rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Sesyen pada 30 Jun 2014, yang menjatuhkan hukuman hukuman penjara setahun dan denda RM1.154 juta selepas mendapatinya bersalah atas pertuduhan itu.

Hari ini pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Sazilee Abdul Khairi merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Mengikut pertuduhan, Abd Rahim yang merupakan pengarah Bahagian Senggara Fasiliti Bangunan JKR dan merangkap pengarah projek bagi Kontrak Pengurusan Fasiliti Bangunan Kompleks Kastam Imigresen dan Kuarantin (KIK) serta Kontrak Pengurusan Fasiliti Bangunan JB Sentral, Bukit Chagar, Johor Bahru didakwa telah menggunakan kedudukannya sebagai pengarah projek itu bagi mendapatkan projek untuk adiknya.

Dia dituduh meminta Pengarah Operasi Kumpulan Syarikat Advanced Maintenance Precision Management Sdn Bhd, Saipolyazan M Yusop, 44, yang bertanggungjawab untuk pengurusan fasiliti KIK, melantik syarikat YBA Technology Sdn Bhd milik adiknya Mohd Yusri Ahmad, 39, bagi menjalankan kerja sub kontraktor bersangkutan kontrak pengurusan fasiliti bangunan JB Sentral.

Kontrak berkenaan adalah melakukan imbangan, pengujian dan penjayaan bagi sistem udara dan sistem air sejuk bernilai RM196,000 dan penjayaan bagi membekalkan pemasangan dan pengujian ‘Danfos Motorise Valve’ untuk ACMV bernilai RM34,800.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Bilik Mesyuarat JKR, Aras Empat, Bangunan Sultan Iskandar, Johor,  pada 1.30 tengah hari, 5 Januari 2011.

Pertuduhan mengikut Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Tags: JKR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JKR Aktifkan Bilik Gerakan Bencana, Aplikasi Sistem eBencana Hadapi MTL

JKR Aktifkan Bilik Gerakan Bencana, Aplikasi Sistem eBencana Hadapi MTL

11/11/2024
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Kerja Raya (KKR) melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) mengaktifkan Bilik Gerakan Bencana (BiGBen) dan aplikasi mudah...

‘Kenapa Buat Anak Aku Macam Tu?’

Lori Terjunam Dalam Jalan Mendap: JKR Serah Pihak Berkuasa Siasat

21/06/2024
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Kerja Raya (JKR) menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga pemandu lori yang maut selepas kenderaan dipandunya terbabas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd