Wednesday, July 17, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Mungkin Percepat Potongan...

KUALA LUMPUR - Ramai ahli ekonomi mengunjurkan kerajaan akan mempercepatkan tarikh pelaksanaan pengurangan...

Pembatalan HSR: Apakah Para...

SAMPAI sekarang masih tak dapat nak hadam mengapa keretapi laju Kuala Lumpur Singapura...

For designing children birthday...

Modify your composition in this kind of fashion it gets virtually perfect. Thus...

Daesh: Guru Silat Dipenjara...

KOTA BHARU - Seorang guru silat, yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan militan...

Banjir Di Gujarat Korbankan 94 Mangsa

NEW DELHI – Angka kematian akibat banjir besar berikutan musim monsun di Gujarat, India meningkat kepada 94 orang, lapor agensi berita China Xinhua.

Menteri tempatan Bhupendrasinh Chudasama berkata ia termasuk 16 mayat yang ditemui dalam Sungai Banas, berhampiran perkampungan Runi Kharia di daerah Banaskantha, antara kawasan yang paling teruk dilanda banjir.

“Sekurang-kurangnya 16 mayat ditemui dalam Sungai Banas apabila air sungai itu semakin surut. Setakat ini, angka kematian disebabkan hujan lebat dan banjir di negeri ini meningkat kepada 94 orang,” katanya ketika memberi taklimat kepada pihak media.

Menurut beliau, operasi mencari dan menyelamat mangsa serta penghantaran bantuan ke kawasan yang terjejas giat dilakukan, melibatkan anggota Pasukan Tindakan Bencana Kebangsaan, Pasukan Tindakan Bencana Negeri serta dibantu anggota tentera yang menggunakan 10 helikopter tentera udara.

Katanya, lebih 53,000 penduduk terjejas terpaksa dipindahkan ke kawasan selamat.

“Setakat ini 8,518 mangsa telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing berikutan keadaan banjir yang semakin pulih,” katanya.


Selasa lalu, Perdana Menteri India, Narendra Modi yang berasal dari Gujarat mengumumkan bantuan khusus kepada mangsa banjir selepas melakukan tinjauan udara di kawasan yang ditenggelami air.

Selain Gujarat, beberapa daerah di Rajastan juga mengalami hujan lebat.

Sementara itu, jumlah kematian akibat banjir monsun di Assam mencecah 70 orang dan menjejaskan hampir 1.9 juta penduduk di negeri itu. – BERNAMA

Kategori