• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Artis Kelahiran Felda Jayakan Konsert Hari Peneroka

oleh
23/07/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SAMBUTAN Ekspresi Felda Negaraku Malaysia sempena Hari Peneroka 2017 di Presint 3, Putrajaya selama tiga hari sehingga Ahad akan datang turut dimeriahkan dengan pelbagai acara menarik.

Sepanjang sambutan yang dianggap paling besar diadakan dalam sejarah pada kali ini, pelbagai aktiviti menarik yang boleh dinikmati puluhan ribu pengunjung dari seluruh negara telah disusun oleh pihak penganjur.

Dianggarkan seramai 50,000 pengunjung bakal hadir ke sambutan ini sekali gus mengisi pelbagai aktiviti termasuk  Fun Run dan Fun Ride, Zumba serta Bicara TN50 yang dijadualkan berlangsung sepanjang hari kedua pada Sabtu.

Turut tidak ketinggalan mewarnai cuti hujung minggu pada sambutan itu ialah pertandingan memasak, pertandingan pentas muzik, persembahan zapin, dikir barat, busking, treasure hunt dan pertandingan filem pendek.

Paling mencuri minat dan ditunggu-tunggu ramai pengunjung ialah acara Konsert Ekspresi Felda Negaraku oleh beberapa artis kelahiran skim tanah rancangan Felda serta ramai lagi artis tempatan.

Antara mereka yang terlibat ialah Mawi, Aiman Tino, Sufian Suhaimi, Rahmat Mega, Que Haidar, Jalil Hamid, Wany Hasrita dan Along Exist. Persembahan akan bermula pada jam 9 malam di pentas utama.

BACA: Sambutan Hari Peneroka Paling Besar Tahun Ini

BACA: Sambutan Hari Peneroka Felda Di Putrajaya Julai Ini

BACA: Ekspresi Felda Negaraku Meriahkan Hari Peneroka

Selain itu, para pengunjung bakal menyaksikan belia-belia ikon Felda terlibat dalam Program TN50 bagi berkongsi harapan dan aspirasi apakah bentuk Felda yang diimpikan mereka menjelang tahun 2050.

Orang ramai dialu-alukan untuk turut hadir bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Peneroka 2017 ini di samping menyaksikan sendiri kisah kejayaan Felda sebagai skim tanah paling berjaya di dunia.

Ayuh penuhi jadual temujanji anda dengan pelbagai acara menarik yang disajikan kepada semua pengunjung selama tiga hari ini. – MYNEWSHUB.CC / Ainaa Hafizah

Tags: FeldaHari Peneroka
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Kata Tak Mahu Serang Sesiapa, Seminit Kemudian Sebut ‘Sakau’ Tabung Haji

PMX Kata Tak Mahu Serang Sesiapa, Seminit Kemudian Sebut ‘Sakau’ Tabung Haji

31/07/2026
0

SEREMBAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam nada lembut ketika berkempen malam ini mendakwa beliau datang ke Negeri...

Rakyat Malu Skandal 1MDB, Tabung Haji, FELDA – Nga Kor Ming

Rakyat Malu Skandal 1MDB, Tabung Haji, FELDA – Nga Kor Ming

25/07/2026
0

SEREMBAN - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming meminta rakyat Negeri Sembilan tidak melupakan zaman gelap yang didakwa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd