• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

APMM Paling Berintegriti Tolak, Lapor Kes Rasuah

oleh AK-47
06/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) merupakan antara badan penguatkuasa yang paling baik dalam aspek melaporkan dan menentang perlakuan rasuah di kalangan anggotanya.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Jamidan Abdullah berkata agensi itu juga ditakrifkan sebagai bebas dari anasir negatif itu walaupun pegawai dan anggotanya tidak terlepas daripada cubaan sogokan oleh pihak tertentu.

Beliau berkata perakuan itu terbukti berdasarkan rekod yang menyaksikan anggota dan pegawai APMM merupakan individu terbanyak yang menerima imbuhan dan pengiktirafan daripada SPRM kerana menolak dan melaporkan perlakuan rasuah yang membawa kepada wujudnya kes tertentu selepas itu.

“Sebagai agensi yang menguatkuasakan peraturan maritim, anggota dan pegawai APMM tentunya menjadi sasaran pihak tertentu seperti nelayan dan penyeludup yang cuba memberi sogokan atau offer atas kepentingan masing-masing.

“Atas integriti yang kuat, mereka yang terbabit, malah ada yang dioffer berulang kali tetap menolak tawaran tersebut sebelum tampil membuat aduan kepada SPRM dan bekerjasama dengan kami bagi membanteras gejala yang merosakkan itu,” katanya pada sidang media selepas majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) APMM di sini hari ini.

Pada majlis itu, APMM diwakili oleh Ketua Pengarahnya, Laksamana Maritim Datuk Zulkifili Abu Bakar.

Jamidan berkata setakat ini, tawaran yang disasarkan kepada anggota dan pegawai APMM yang bertugas di pesisir pantai itu lebih kepada pemberian wang tunai, bukannya dalam bentuk imbuhan lain seperti pakej percutian atau pemberian barangan berharga.

“Kita tidak nafikan ada anggota dan pegawai dari agensi penguatkuasaan lain seperti polis, imigresen dan kastam yang turut melaporkan kes jenayah rasuah tetapi dalam aspek ini APMM dilihat sebagai agensi paling berintegriti dalam hal melapor dan menolak sebarang tawaran berunsur rasuah,” katanya.

Dalam pada itu, Zulkifli berkata pihaknya amat berbangga dengan integriti dan sikap bertanggungjawab serta amanah terhadap tugasan yang dipamerkan anggota dan pegawainya sambil berharap IBR yang ditandatangani mampu melonjakkan lagi nama baik agensi itu di mata masyarakat dan dunia.

Beliau berkata sebelum IBR, setiap perlakuan warga APMM, khususnya mereka yang bertugas di lapangan dipantau oleh pengurusan tertinggi bagi memastikan mereka bebas dari sebarang anasir negatif terutamanya jenayah rasuah dan salah guna kuasa. – BERNAMA

Tags: APMMDatuk Seri Jamidan AbdullahKes Rasuah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pegawai Kanan ATM Ditahan Kes Rasuah Kerja Perbekalan RM150,000

Pegawai Kanan ATM Ditahan Kes Rasuah Kerja Perbekalan RM150,000

28/01/2026
0

MELAKA: Seorang pegawai kanan tentera ditahan reman selepas disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM150,000 berkait kerja perbekalan bahan mentah...

Lima Direman Kes Rasuah Pegawai Kanan TLDM

Lima Direman Kes Rasuah Pegawai Kanan TLDM

28/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Lima individu direman bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah membabitkan pelantikan syarikat kroni seorang pegawai kanan Tentera Laut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd