• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Angka Kematian Banjir Di Jepun Meningkat 24

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

FUKUOKA/OITA – Angka kematian akibat hujan lebat dan banjir di selatan Jepun meningkat kepada 24 orang, ketika pasukan keselamatan bertungkus lumus mencari mangsa yang masih hilang.

Media tempatan Jiji Press yang memetik kenyataan polis berkata tiga mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di Asakura semalam, bagaimanapun kesemua mereka disahkan meninggal dunia kemudiannya.

Operasi mencari dan menyelamat lebih 20 lagi mangsa yang dilaporkan masih hilang sejak hujan lebat melanda utara wilayah Kyushu bermula Rabu lalu, turut ditingkatkan.

Sementara itu, Agensi Meteorologi Jepun mengeluarkan amaran lebih banyak kejadian tanah runtuh mungkin berlaku di utara Kyushu berikutan hujan kembali lebat di kawasan itu.

Majlis Perbandaran Asakura pula dilaporkan mengeluarkan arahan berpindah kepada 655 penduduk daripada 233 keluarga pada tengah hari Isnin berikutan paras air kolam di kawasan itu yang semakin meningkat.

Hujan lebat luar biasa yang berlaku kali ini mengorbankan 18 mangsa di Asakura, dan masing-masing tiga kematian di Toho, Fukuoka dan di Hita, Oita.

Menurut pihak berkuasa tempatan Fukuoka, seramai 23 penduduk masih hilang di Asakura dan masing-masing seorang mangsa hilang di Toho dan Ukiha. Bagaimanapun, menurut mereka, mangsa yang hilang juga mungkin telah meninggal dunia namun identiti belum dapat dikenalpasti.

Dalam perkembangan berkaitan, beberapa buah sekolah di kawasan terjejas di Hita yang ditutup sebelum ini, dibuka semula mulai hari Isnin. – BERNAMA

Tags: Banjirjepun
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

27/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan misi diplomatik Malaysia menggunakan segala sumber yang diperlukan bagi membantu...

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd