• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aliff Syukri Bidas Isu Konon Dia Seksa Haiwan

oleh
16/07/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TERDAHULU jutawan kosmetik ini dikecam kononnya membela haiwan eksotik tanpa permit sah. Kini, dikecam lagi ekoran dikatakan menyeksa haiwan tersebut pula!

Apa ceritanya ni?

Aliff Syukri Kamarzaman atau lebih dikenali sebagai Aliff Syukri telah dikecam netizen menerusi satu posting yang dimuat naik oleh beliau di laman Instagram khas kucingnya, @kucingajaib.

Sesetengah pihak mendakwa beliau dengan sengaja meletakkan kucing tersebut di dalam tandas sempit sekali gus menyeksanya.

Tuduhan tanpa bukti itu telah dibidas oleh Aliff Syukri sendiri menerusi satu video.

Video tersebut menunjukkan beliau sedang berbaring sambil menegur sikap segelintir netizen yang mendakwanya mendera haiwan tersebut tanpa bukti.

Rakaman berdurasi 50 saat itu telah dimuat naik oleh beliau sendiri menerusi laman instagram yang sama.

“Tak pe, saya nak bagitahu dekat korang semua. Dalam dua tiga bulan lagi saya punya resort siap. Sebelum resort saya siap akan ada khas buat rumah Dodi untuk tontonan orang ramai.

“Malah! Dodi ada rumah besar macam dalam zoo. Waktu tu, orang yang kecam-kecam saya tu terbeliak mata,” sindir jutawan kosmetik itu.

Tambah Aliff Syukri, tindakannya menempatkan haiwan tersebut di dalam tandas hanya untuk sementara waktu sehingga resortnya siap. Jabatan Perhilitan sendiri turut sudah dimaklumkan tentang itu.

Beliau turut menyatakan bahawa apa yang penting tandas tersebut adalah selesa dan bersih.

Dodi merupakan seekor kucing daripada berbaka Savvannah Cat. Mamalia comel itu dibeli dengan harga RM30 ribu oleh Aliff Syukri dan dibela sejak April 2016 lagi.  – MYNEWSHUB.CC

Oleh: Amy Maizura

Tags: Datuk Aliff Syukrikucing ajaib
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Bobo Dimana’ Teruk Dikecam, Terima Tawaran Nyanyi Lagu Nasyid

12/09/2018
0

DIKECAM teruk kerana lagu Bobo Dimana, usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri memaklumkan dia menerima beberapa tawaran menyanyikan lagu berbentuk...

Filem ‘Badang’ Hanya Mampu Raih Kutipan RM69,000

04/03/2018
0

JANGKAAN filem Badang untuk lakar rekod pecah panggung ternyata meleset apabila karya berkenaan dilaporkan sebaliknya 'unggul' mencatat kutipan langsung tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd