• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

6,000 Dos Vaksin Virus Rabies Dihantar Ke Sarawak

oleh Ahmad Albab
04/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SITIAWAN – Jabatan Perkhidmatan Veterinar telah menghantar 6,000 dos vaksin virus Rabies atau penyakit anjing gila ke Sarawak sejak semalam bagi mengekang penularan virus tersebut.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata vaksin berkenaan akan diberikan kepada anjing dan kucing yang tidak dijangkiti Rabies bagi mengelak penyakit tersebut dari terus merebak.

“Di dua kampung yang terlibat itu, kita telah melihat banyak anjing dan kucing… terdapat hampir 160 ekor anjing dan 180 ekor kucing.

“Kita turut menghantar empat pegawai veterinar bagi membantu Jabatan Veterinar Sarawak dalam menyelesaikan masalah ini dengan segera,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Perasmian Kolej Perikanan Malaysia Lumut (KPML) di Kompleks Perikanan Kampung Acheh di sini hari ini yang dirasmikan Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah.

Sabtu lalu, Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan tiga kanak-kanak termasuk dua beradik berumur 4, 6 dan 7 tahun di daerah Serian, Sarawak sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Umum Sarawak (HUS) selepas dijangkiti virus Rabies.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata siasatan lanjut mendapati dua daripada mangsa mempunyai sejarah digigit anjing lebih kurang sebulan atau dua bulan sebelum mula menunjukkan tanda dan gejala, manakala seorang lagi mangsa tidak dapat dipastikan sama ada pernah digigit anjing.

Ahmad Shabery berkata, Jabatan Veterinar Sarawak sedang memberi vaksin kepada anjing dan kucing dalam kawasan meliputi satu kilometer radius di dua buah kampung yang telah dijangkiti virus tersebut iaitu Kampung Paon, Sungai Rimu; dan Kampung Lebur Gedung, dalam daerah Serian.

Beliau berkata pihaknya akan memperluaskan pemberian vaksin tersebut sehingga enam kilometer bagi memastikan tiada anjing dan kucing yang terlepas dari diberikan vaksin itu.

“Kita ada stok vaksin banyak sehingga 20,000 dan 30,000 dos. Jadi saya berharap kita akan dapat mengawal keadaan,” katanya. – BERNAMA

Tags: sarawakVirus Rabies
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Dakwaan Letupan Misteri Di Laut Miri, Punca Sebenar Masih Disiasat

Tular Dakwaan Letupan Misteri Di Laut Miri, Punca Sebenar Masih Disiasat

29/06/2026
0

Oleh Mynewshub  MIRI – Satu rakaman video memaparkan kepulan asap hitam tebal disusuli api marak di kawasan laut berhampiran Miri...

Letusan Gas Di Tapak NCH Kuala Lawas Masih Dipantau, Sampel Dihantar Untuk Analisis

Letusan Gas Di Tapak NCH Kuala Lawas Masih Dipantau, Sampel Dihantar Untuk Analisis

12/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB LAWAS – Kejadian letusan gas yang berlaku di tapak pembinaan Lebuh Raya Pesisir Utara (NCH) Seksyen 2 di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd