• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 Syarikat Jepun Akan Labur RM2 Bilion Di Johor

oleh AK-47
24/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Johor terus menjadi tumpuan utama asing termasuk   empat syarikat Jepun yang akan melabur hampir RM2 bilion di Taman Perindustrian Tanjung Langsat, dekat Pasir Gudang, di sini.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata pelaburan itu melibatkan sektor kejuruteraan plastik, pengkhususan kimia dan yang berasaskan polimer.

Beliau yang juga Pengerusi Johor Corporation (JCorp), kini berada di Jepun bagi mengetuai delegasi kerajaan negeri ke negara itu.

“Pelaburan ini semestinya dapat memberi manfaat limpahan ekonomi kepada rakyat Johor khususnya dalam mewujudkan peluang pekerjaan serta perniagaan berkaitan.

“Keyakinan syarikat-syarikat terkemuka dari negara luar untuk terus berhasrat melabur di Johor membuktikan bahawa mereka percaya dengan potensi negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan hari ini selepas mengadakan pertemuan dengan pelabur-pelabur Jepun sedia ada dan berpotensi di Tokyo.

Turut serta dalam pertemuan itu adalah Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Datuk Azman Mahmud dan Presiden/Ketua Eksekutif JCorp Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim.

Mohamed Khaled juga yakin JCorp sebagai konglomerat kerajaan negeri, akan meneruskan peranan sebagai penyumbang untuk menarik pelaburan ke Johor dan menjadikannya lokasi tumpuan utama pelabur asing. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Menteri Pertahanan Khaled Nordin Ziarah Keluarga Allahyarham Prebet Siti Khadijah

Menteri Pertahanan Khaled Nordin Ziarah Keluarga Allahyarham Prebet Siti Khadijah

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini menziarahi keluarga Allahyarhamah Prebet Siti Khadijah Sungip, antara...

Kekuatan BN Terletak Pada Kesatuan Saf Dan Semangat Kebersamaan – Khaled Nordin

Kekuatan BN Terletak Pada Kesatuan Saf Dan Semangat Kebersamaan – Khaled Nordin

18/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menegaskan kekuatan Barisan Nasional (BN) sentiasa terletak pada kesatuan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd