• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Rakan Ditahan Edar Dadah Di Bagan Serai

oleh AK-47
14/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGAN SERAI – Polis menahan dua lelaki serta merampas dadah jenis heroin dan syabu bernilai RM15,000 di hadapan sebuah rumah di Kampung Sungai Pinang, Simpang Empat Semanggol, dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kerian, Supt Omar Bakhtiar Yaacob berkata kedua-dua suspek berumur 30 tahun ditahan oleh sepasukan anggota polis dari Balai Polis Semanggol pada pukul 6 pagi, hasil maklumat orang awam.

“Pemeriksaan terhadap suspek menjumpai satu beg berwarna hitam mengandungi dua paket plastik lutsinar berisi heroin seberat 250.33 gram dan dua paket syabu (methamphetamine) seberat 12 gram selain beberapa peralatan menghisap dadah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Omar Bakhtiar berkata kedua-dua suspek adalah penagih tegar yang mana seorang suspek memiliki tiga rekod jenayah lampau membabitkan dadah dan jenayah manakala rakannya atas kesalahan dadah.

Beliau berkata dengan tertangkapnya dua lelaki itu, polis berjaya melumpuhkan kegiatan pengedaran heroin dan syabu di sekitar Selingsing dan Semanggol.

Menurutnya, kes berkenaan disiasat dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 39A(1) akta yang sama. – BERNAMA

Tags: ditahanEdar DadahSupt Omar Bakhtiar Yaacob
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

28/02/2026
0

BUKIT KAYU HITAM: Dua lagi lelaki ditahan polis malam tadi bagi membantu siasatan kes tembakan terhadap kenderaan dipandu Komander Agensi...

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

23/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis sudah menahan wanita yang menimbulkan kegusaran orang ramai kerana memarahi kanak-kanak yang berada di terminal Lapangan Terbang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd