• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Lagi Diisytihar Kawasan Wabak Rabies Baharu

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak hari ini mengisytiharkan dua lagi kawasan baharu wabak anjing gila atau Rabies yang didapati positif iaitu di kawasan Kampung Entubuh, Tebedu dan Batu 5, Jalan Semeba, Kuching.

Sekretariat JPBN Sarawak dalam satu kenyataan berkata keputusan itu dibuat hasil perbincangan Timbalan Ketua Menteri merangkap Pengerusi JPBN Datuk Amar Douglas Uggah Embas bersama Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak Datuk Dr Sim Kui Hian di Hangar Hornbill Skyways Sdn Bhd pagi ini.

“Pengisytiharan warta ini dimaklumkan kerana terdapat kes positif virus ini pada anjing di kedua-dua kawasan berkenaan. Oleh itu, semua masyarakat terutamanya di kawasan terbabit dikehendaki menjaga anjing mereka di kawasan rumah masing-masing dan tidak membiarkan ianya berkeliaran,” kata kenyataan itu.

Sekretariat itu berkata berikutan tambahan dua kawasan itu jumlah kawasan wabak telah bertambah kepada 20 kawasan.

“Di Serian, kawasan terjejas ialah Kampung Krait, Kampung Paon Rimu, Kampung Paon Rimu Bakung, Kampung Remun, Kampung Lebor, Kampung Saroban, Kampung Tangga, Kampung Ampungan, Kampung Mentong Berawan, Kampung Mentong Silaga, Kampung Engkabang, Kampung Tampek Sumpas, Kampung Rasau, Pekan Siburan, Bandar Serian dan Batu 45, Kuching-Sri Aman.

“Di Tebedu pula selain Kampung Entubuh, kawasan lain yang terlibat ialah Kampung Temong Mura manakala di Sri Aman ialah Rumah Janta Punggu Mawang,” katanya. – BERNAMA

Tags: Kes Rabiessarawak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Agong, Raja Permaisuri Agong Zahir Ucapan Takziah Kepada Keluarga Mangsa Helikopter Terhempas

Agong, Raja Permaisuri Agong Zahir Ucapan Takziah Kepada Keluarga Mangsa Helikopter Terhempas

09/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga...

Asap Jerebu Sarawak Datang Dari Mana?

Asap Jerebu Sarawak Datang Dari Mana?

23/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Persoalan dari mana datangnya asap tebal yang menyebabkan sebahagian besar Sarawak diselubungi jerebu sejak beberapa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd