• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

191 Ketua Bahagian UMNO Sokong Padu Kepimpinan Najib

oleh AK-47
20/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kesemua 191 ketua bahagian UMNO seluruh negara menyokong penuh kepimpinan dan pentadbiran  Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai presiden parti dan Perdana Menteri.

Setiausaha Agung  UMNO yang juga Ketua UMNO Bahagian Putrajaya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata sokongan padu berkenaan dizahirkan oleh 191 ketua bahagian dalam pertemuan tertutup dengan perdana menteri di Seri Perdana di sini pada Rabu malam.

“Kesemua ketua bahagian UMNO memberitahu perdana menteri bahawa mereka semua di belakang beliau demi agama, bangsa dan negara.

“Sokongan sedemikian adalah penting dalam memastikan parti adalah kuat dan kalis  sebarang ancaman,” katanya.

Tengku Adnan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian serentak persidangan perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Putrajaya 2017.

​​​​​​​Dalam ucapannya, beliau berkata mereka yang sudah meninggalkan parti tidak harus dipinggirkan sebaliknya terus didekati untuk kembali menyokong UMNO.

Kata Tengku Adnan,  beliau ada mendapat maklumat terdapat cubaan parti lawan  yang juga parti serpihan UMNO untuk memancing ketua-ketua cawangan di Putrajaya.

Justeru beliau menasihatkan kepimpinan UMNO Bahagian Putrajaya peringkat Wanita, Pemuda dan Puteri untuk merapatkan  diri dengan masyarakat dan turun padang untuk mengetahui masalah yang dihadapi rakyat. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Tengku Adnan Tengku MansorUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Spekulasi Kerjasama BN-PAS di PRN Negeri Sembilan

Spekulasi Kerjasama BN-PAS di PRN Negeri Sembilan

15/07/2026
0

KUALA PILAH – Hantaran bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa di media sosial mencetuskan spekulasi mengenai kemungkinan wujud...

“Insya-Allah” – Annuar Ulas Kerjasama UMNO-PAS Di Negeri Sembilan

“Insya-Allah” – Annuar Ulas Kerjasama UMNO-PAS Di Negeri Sembilan

14/07/2026
0

KUALA LUMPUR - "Insya-Allah". Demikian jawapan ringkas Tan Sri Annuar Musa ketika ketika ditanya Mynewshub berhubung kemungkinan kerjasama UMNO dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd