• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

176 Sekolah Mungkin Ditutup Atau Digabung – Mahdzir

oleh Ahmad Albab
31/07/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kira-kira 176 sekolah di seluruh negara mungkin ditutup atau digabungkan kerana mempunyai bilangan pelajar kurang daripada 20 orang, kata Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

“Kementerian mendefinisikan sebuah sekolah yang mempunyai populasi pelajar yang rendah sekiranya mempunyai kurang daripada 150 pelajar. Berdasarkan kajian, terdapat 2,996 sekolah di negara ini yang ketika ini mempunyai kurang daripada 150 pelajar,” katanya kepada Ahmad Lai Bujang (BN-Sibuti) Di Dewan Rakyat pada Isnin.

Beliau berkata, daripada 2,996 sekolah yang mempunyai bilangan pelajar kurang daripada 150 orang, 2,058 adalah sekolah kebangsaan, 578 sekolah rendah jenis kebangsaan (SRJK) Cina dan 360 SRJK Tamil.

Tambah Mahdzir, 44 sekolah mempunyai kurang daripada 10 pelajar manakala 132 sekolah lagi dengan bilangan kurang daripada 20 pelajar.

Menurut Mahdzir, satu kajian komprehensif sedang dijalankan untuk menentukan sama ada sekolah-sekolah terbabit boleh ditutup atau digabungkan.

“Perkara ini telah dilakukan ke atas tiga sekolah di Jalan Pasar di Kuala Lumpur yang digabungkan kerana bilangan pelajar yang rendah,” katanya.

Beliau bagaimanapun berkata, kementerian tidak akan memaksa sekolah untuk menutup atau bergabung dengan sekolah lain melainkan ibu bapa pelajar di sekolah berkenaan bersetuju untuk langkah tersebut. – The Star/mStar Online

Tags: Datuk Seri Mahdzir KhalidSekolah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sekolah Pentadbiran JAIS Tidak Dibenarkan Sambut Hari Guru?

Sekolah Pentadbiran JAIS Tidak Dibenarkan Sambut Hari Guru?

11/05/2026
0

SHAH ALAM - Satu surat didakwa dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak membenarkan sekolah di bawah pentadbiran institusi...

Aminuddin Buat Lawatan Rasmi Ke Sekolah, Teruskan Tugas MB Negeri Sembilan

Aminuddin Buat Lawatan Rasmi Ke Sekolah, Teruskan Tugas MB Negeri Sembilan

28/04/2026
0

SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun meneruskan tugas rasmi beliau walaupun berdepan dakwaan kehilangan sokongan majoriti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd