Sunday, December 8, 2024

Creating liberating content

Selepas 70 Tahun Ekskavasi,...

SELEPAS lebih tujuh dekad melakukan kerja-kerja ekskavasi dan pembersihan, Mesir akhirnya membuka kepada...

Bertemu Semula Ibu Kandung...

Chile - Seorang bercakap bahasa Chile sementara seorang lagi bercakap bahasa Inggeris. Tetapi...

Perlis: Lebih 70 Rumah...

KANGAR - Lebih 70 buah rumah dan gerai pasar Ramadan di beberapa kawasan...

Rakyat Perlu Beralah Untuk...

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani menyeru...

1,200 Kakitangan Terlibat Operasi Harian MRT

KUALA LUMPUR – Seramai 1,200 kakitangan akan ditugaskan secara harian dalam pengoperasian stesen, tren dan bas pengantara Mass Rapid Transit (MRT) Laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) sebaik sahaja fasa kedua mula beroperasi pada 17 Julai ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana Malaysia Berhad, Datuk Seri Azmi Abdul Aziz berkata pihaknya telah melaksanakan sesi intensif sejak dua tahun lalu untuk mendapatkan kumpulan tenaga kerja yang sedia untuk mengendalikan laluan sepanjang 51 km itu.

“Pelbagai ujian telah dilakukan oleh kakitangan teknikal dari semasa ke semasa bagi memastikan kelancaran operasi tanpa sebarang gangguan termasuk pergerakan sembilan stesen bawah tanah.

“Sebanyak 58 set gerabak MRT disediakan bagi laluan SBK dengan 42 set akan beroperasi dengan kekerapan tiga minit ketika waktu puncak apabila fasa kedua mula beroperasi,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Aidilfitri Prasarana di sini, hari ini.

Katanya pihaknya menjangkakan 400,000 penumpang sehari apabila laluan SBK mula beroperasi sepenuhnya Isnin ini.

Azmi berkata perkhidmatan sambungan baharu itu akan memberi kemudahan dan keselesaan pada kadar tambang yang tidak membebankan penumpang, di samping mengurangkan kesesakan lalu lintas.


“Sekiranya kita kaji kebaikan antara menggunakan tren dan memandu, kita akan dapati penggunaan tren akan menjimatkan bayaran tol, bahan bakar dan paling penting, masa kerana ia tidak akan menempuh kesesakan trafik,” katanya.

Fasa dua Laluan Semantan-Kajang, sepanjang 30km, yang melengkapkan jajaran MRT SBK, akan dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 17 Julai ini.

Pada keseluruhan, Laluan SBK mempunyai 31 stesen dengan 19 stesen baharu bagi fasa kedua laluan Semantan-Kajang termasuk tujuh stesen bawah tanah.

Stesen laluan Semantan-Kajang terletak di Muzium Negara, Pasar Seni, Bukit Bintang, Tun Razak Exchange Centre, Maluri, Cochrane, Taman Pertama, Taman Midah, Taman Connaught, Taman Mutiara, Suntex, Sri Raya, Bandar Tun Hussein Onn, Batu 11 Cheras, Bukit Dukung, Sungai Jernih, Merdeka, Stadium Kajang dan stesen Kajang. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • MRT

Kategori