• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1,000 Peminat Serbu Kareena Di Kedai Jus Buah Bangsar

oleh
08/07/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Lebih 1,000 peminat bintang Bollywood popular, Kareena Kapoor membanjiri Jalan Telawi 5, Bangsar di sini bagi menyaksikan kemunculan aktres jelita itu pada Jumaat.

Uniknya, kehadiran kali ketiga pelakon filem terkenal Kabhi Khushi Kabhi Gham ini ke Malaysia adalah sebagai tetamu jemputan istimewa sempena pembukaan sebuah kedai jus buah-buahan dikenali sebagai Juiceco.

Lebih dahsyat dalam majlis tersebut, peminat malah dilaporkan sanggup berdiri lebih tiga jam iaitu seawal pukul 4 petang semata-mata untuk melihat sendiri penampilan isteri kepada aktor Saif Ali Khan ini secara dekat.

Media melaporkan tepat pukul 7.30 malam, dia tampil anggun seksi menggayakan gaun hitam dan emas. Kareena, 36, merupakan anak pasangan pelakon Randhir Kapoor dan Babita serta adik kepada aktres Karisma Kapoor.

“Saya sayang Malaysia. Saya bahkan tidak pernah jemu untuk berkunjung ke sini kerana saya berasa seperti berada di rumah sendiri. Saya juga menganggap Malaysia adalah seperti juga rumah kedua saya.

“Saya berharap agar para peminat akan terus memberikan sokongan kepada saya pada masa akan datang,” kata Kareena yang dilahirkan di Bombay (kini Mumbai) ketika sesi ramah mesra bersama peminat-peminatnya.

Dalam pada itu, keadaan acara tersebut dilaporkan bertukar tegang apabila ratusan peminat dikatakan sengaja berasak-asak hanya kerana mahu bergambar dan kemudian bersalaman dengan ibu kepada Taimur Ali ini.

Lebih mengejutkan pelbagai pihak apabila ada segelintir peminat fanatik yang sanggup menyogok pengawal keselamatan semata-mata untuk cuba memasuki kawasan premis perniagaan eksklusif berkenaan.

Kareena yang pernah memenangi pelbagai anugerah dan antara pelakon menerima bayaran tertinggi suatu ketika popular menerusi filem 3 Idiots, Bajrangi Bhaijaan, Asoka dan banyak lagi. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: bollywoodKareena Kapoor
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kedah, Perak Teruskan Rentak Kemenangan

Next Post

Olahraga Asia: Atlet Negara Gagal Raih Pingat

Related Posts

Kareena Kapoor Positif COVID-19

26/12/2021
0

AKTRES popular Bollywood, Kareena Kapoor kini sedang menjalani kuarantin selepas disahkan positif virus mengancam nyawa, COVID-19. Dalam perkembangan terbaharu, Kareena...

Rosak Hubungan Dengan Allah, Zaira Wasim Umum Bersara

02/07/2019
0

BINTANG remaja Bollywood, Zaira Wasim mengambil keputusan meninggalkan dunia lakonan dengan alasan kerjayanya menganggu kehidupan sebagai umat Islam. Zaira, 18,...

Next Post

Olahraga Asia: Atlet Negara Gagal Raih Pingat

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd