• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Waspada Dakyah Meraikan Kepelbagaian Agama

oleh Ahmad Albab
22/06/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia merupakan negara Islam yang berbilang bangsa dan agama dan meraikan kepelbagaian itu merupakan sikap mulia yang dianjurkan dalam Islam.

Bagaimanapun, konsep meraikan kepelbagaian itu perlu dikawal antara lawan dan kawan supaya musuh Islam tidak sewenangnya mempermainkan agama rasmi negara.

Demikian penegasan Ketua Dewan Muslimat PAS, Nuridah Mohd. Salleh dalam membidas golongan Melayu liberal yang giat berusaha menghasut pemikiran rakyat supaya turut berpegang kepada ideologi sekular dan liberal.

Nuridah memberi contoh terdapat umat Islam negara ini secara terbuka menganjurkan program Majlis Iftar Gay terbesar di Malaysia pada 10 Jun lalu di Pejabat Peguam, Bangsar.

“Perkembangan umat Islam hari ini dilihat semakin membimbangkan. Isu terkini melibatkan kecelaruan aqidah umat Islam perlu diberi perhatian secara serius.

“Ia kerosakan akidah yang parah. Islam yang padanya terkandung pelbagai jalan penyelesaian perlu dihayati dan diaplikasikan sebaiknya. Al-quran yang diwahyukan perlu dijadikan panduan sejajar dengan perintah Allah S.W.T untuk mendorong hambaNya pada jalan yang benar,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Nuridah berkata, umat Islam yang menyakini hari pembalasan sepatutnya berasa kesal dengan penganjuran program yang mencemarkan kesucian agama dan menzahirkan bantahan mereka bagi mempertahankan Islam di Malaysia.

“Kami menyeru semua umat Islam untuk bangkit mempertahankan agama suci. Jangan dibiarkan ia berleluasa sehingga menggugat keharmonian Islam. Sama-samalah kita sebarkan kebenaran,” katanya.

Sebelum ini dilaporkan pemimpin muda Pakatan Harapan mengadakan majlis berbuka puasa dalam kalangan pendukung gerakan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) pada 10 Jun lalu menerusi program Pelangi Campaign.

Numan Afifi yang juga Ketua Organisasi Pemuda DAP Subang dan alumni Sekolah Demokrasi tajaan Parti DAP dilaporkan menyatakan rasa bangga dengan kejayaan penganjuran majlis iftar gay terbesar di Malaysia tersebut.

Majlis iftar gay anjuran pemimpin Pakatan Harapan itu kurang mendapat bantahan umat Islam negara ini malah diterima baik sebilangan mereka.

Program itu turut menayangkan filem berlatar belakangkan perjuangan gay dan bacaan puisi.

Portal berita berkepentingan pembangkang bagaimanapun melaporkan program murni itu bertujuan menyatupadukan masyarakat pelbagai latar dan menyebarkan kasih sayang di Malaysia.

Acara itu turut memperingati 49 anggota komuniti LGBT yang terkorban angkara tragedi keganasan di Orlando, Florida pada 12 Jun 2016.

“Hanya melalui acara murni sebeginilah kita dapat buktikan kepada ekstremis dan pengganas bahawa mereka tidak akan dapat memecahkan persaudaraan dan kemanusiaan kita semua.

“Sesungguhnya, kemanusiaan dan kasih sayang akan pasti menang!” kata Numan seperti dilaporkan portal berita terbabit. – MYNEWSHUB.CC

Tags: PAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Teresa Kok Saran Ulama Pas Berkelah Di Pantai Langkawi Sambil Pakai Baju Tradisional Kedah

Teresa Kok Saran Ulama Pas Berkelah Di Pantai Langkawi Sambil Pakai Baju Tradisional Kedah

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Seputeh DAP, Teresa Kok mendakwa Langkawi kini ketinggalan berbanding Phuket dan Bali sebagai destinasi pelancongan....

‘Ekstremis Dalam UMNO, PN dan Pas Patut Berasa Malu’ – Lim Guan Eng

‘Ekstremis Dalam UMNO, PN dan Pas Patut Berasa Malu’ – Lim Guan Eng

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Guan Eng mendakwa Barisan Nasional (BN), UMNO, Perikatan Nasional (PN) dan Pas patut berasa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd