• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Mahu Putus Hubungan Cedera Ditikam Kekasih

oleh Ahmad Albab
06/06/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Seorang wanita muda cedera ditikam oleh teman lelakinya dengan senjata tajam selepas berlaku pertengkaran kerana mahu memutuskan hubungan cinta di tepi jalan berhampiran Taman Serindit, Jalan Datuk Kumbar, di sini, semalam.

Dalam kejadian pukul 7 malam itu, mangsa berusia 23 tahun dari Kampung Alor Gandas di sini telah bertemu dengan teman yang sebaya denganya untuk membincangkan soal hubungan mereka.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Mohd Rozi Jidin berkata suspek yang tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa yang ingin memutuskan hubungan cinta telah bertindak menikam mangsa.

“Akibat tidak dapat menerima hasrat mangsa, suspek bertindak ganas dengan menikam perut mangsa beberapa kali dan mangsa turut mengalami kecederaan di bahagian lutut dan jari akibat berlaku pergelutan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata mangsa yang mengalami pendarahan teruk di bahagan perut telah  dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) dan berada dalam keadaan stabil setelah diberikan rawatan.

Mohd Rozi berkata polis sedang mengesan suspek yang berasal dari Jalan Tun Razak, di sini, dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

Tags: putus hubungan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Zahirah Nafi Selfie Depan Jenazah Ibu Zul

15/04/2018
0

DITUDUH seronok berselfie bersama seorang teman berdekatan jenazah ibu Zul Ariffin ketika di dalam masjid, Zahirah Macwilson menafikan dakwaan yang...

‘Selfie’ Depan Jenazah Ibu Punca Zul, Zahirah Putus

15/04/2018
0

KISAH percintaan di antara pasangan selebriti, Zul Arifffin dan Zahirah Macwilson yang sebelum ini menunjukkan tanda hubungan mereka sedikit goyah,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd