• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zahirah Nafi Selfie Depan Jenazah Ibu Zul

oleh Haris
15/04/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DITUDUH seronok berselfie bersama seorang teman berdekatan jenazah ibu Zul Ariffin ketika di dalam masjid, Zahirah Macwilson menafikan dakwaan yang dibuat bekas kekasihnya itu pernah berlaku.

Menerusi satu temubual Zul bersama sebuah portal hiburan, dia mengesahkan bahawa kisah cintanya bersama Zahirah telah menemui titik noktah sejak lebih sebulan yang lalu.

Dalam wawancara itu, Zul turut mendakwa bahawa Zahirah berswafoto dengan gembira hanya kira-kira 20 meter dari jenazah ibunya tanpa rasa sensitif.

Baca: ‘Selfie’ Depan Jenazah Ibu Punca Zul, Zahirah Putus

Memetik portal Astro Gempak, aktres berusia 23 tahun itu nyata terkejut dengan kenyataan Zul itu sambil menyifatkan perkara itu sebagai fitnah semata-mata.

Malah, Zahirah meminta Zul mengemukakan bukti sekiranya benar Zahirah bertindak seperti yang didakwa ketika menziarahi jenazah ibu Zul yang meninggal dunia pada 5 Disember tahun lalu.

“Saya terkejut membaca kenyataan Zul. Fitnah semata-mata. Jika benar, kalau ada bukti, sila tunjukkan. Apa motif dia burukkan nama saya selepas membuat pengesahan yang kami sudah putus?

“Takkan saya tak ada perasaan? Takkan saya tak sensitif langsung? Saya pun ada mencium arwah ibunya. Agak-agaklah, saya bukannya bodoh sangat sehingga sanggup bertindak sebegitu,” kata Zahirah memetik portal berkenaan.

Tambahnya, dia sememangnya berada di masjid berkenaan bersama rakannya pada waktu itu, namun tidak berswafoto seperti yang didakwa Zul dan hanya mengambil gambar bersama sepupu aktor berkenaan ketika malam tahlil.

“Memang saya ada di masjid ketika itu dan saya hadir bersama teman saya. Dia juga mengenali teman saya.

“Nak berkata tentang selfie, saya ada berswafoto dengan sepupu Zul, itu pun ketika di selesai malam tahlil. Bukan ketika berada di dalam masjid sewaktu jenazah ibunya masih ada.

“Selepas selesai kenduri, sepupunya ada meminta untuk mengambil selfie bersama saya, jadi saya turutkan sahaja,” ujarnya.

Selain itu, Zahirah turut mempersoalkan tindakan Zul yang dilihat seperti mahu memburukkannya kepada umum walhal mengatakan sudah memaafkan Zahirah.

Zul Ariffin bersama arwah ibunya, Robiah Nasir.

Bagaimanapun, jelas bintang drama Tak Ada Cinta Sepertimu itu, perkara tersebut bukanlah menjadi punca sebenar perpisahan mereka berdua.

“Kami sudah tiada hubungan, benar, sudah lebih sebulan, dia juga mengatakan sudah memaafkan saya, tetapi kenapa perlu memburukkan saya? Kenapa nak tabur fitnah?

“Kami putus pun bukan atas sebab tersebut. Saya tak mahu membuka mulut kerana itu akan membuka aib sahaja. Saya tak mahu burukkan sesiapa.

“Biarkanlah dia, saya hanya akan berdiam sahaja dan tak mahu berbicara lagi mengenai perkara ini,” jelasnya.

Zahirah mengakhiri perbualan tersebut dengan mengatakan bahawa dia kini hanya mahu terus maju ke hadapan dan memberikan fokus yang sepenuhnya terhadap kariernya selepas ini selain ingin meletakkan isu ini di belakangnya. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Tags: putus hubunganZahirah MacwilsonZul Ariffin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Zul Ariffin Disiasat Angkara Babak Lucah

22/03/2022
0

PUTRAJAYA – Pelakon, Zul Ariffin akan disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (KMM) susulan tindakan memuat naik klip...

Aiman, Zahirah Sah Bergelar Suami Isteri

21/02/2020
0

KUALA LUMPUR - Pelakon Aiman Hakim Ridza, 31 dan Zahirah Macwilson, 25, memilih tarikh 20.02.2020 untuk melangsungkan pernikahan mereka. Pasangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd