• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita BN Sabah Kemuka Senarai 20 Calon PRU14

oleh Ahmad Albab
29/06/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Pengerusi Wanita Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Armani Mahiruddin telah mengemukakan senarai 20 calon terdiri daripada muka lama dan baharu untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Beliau berkata senarai calon berkenaan telah dikemukakan kepada Pengerusi Wanita BN, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil untuk pertimbangan.

“Semua calon ini mempunyai kewibawaan dan saya yakin dengan potensi mereka untuk dipertimbangkan,” katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di kediamannya di sini, semalam.

Armani, selaku Ketua Wanita UMNO Sabah, berkata jentera wanita UMNO dan BN yang merupakan tulang belakang parti sentiasa berada dalam keadaan bersedia sekiranya PRU14 diadakan pada bila-bila masa, sekali gus membantu parti menang besar dalam pilihan raya itu.

“Kami juga sentiasa turun padang dari semasa ke semasa bertemu rakyat. Selain itu, pendekatan Jentera Jalinan Rakyat Plus (JR Plus) juga memberi nilai tambah kepada usaha kita mendekati rakyat,” katanya.

JR Plus menggabungkan jentera pilihan raya sayap UMNO, Wanita, Pemuda dan Puteri serta turut melibatkan penyertaan parti komponen BN dan sayap masing-masing.

Dalam pada itu, ditanya sama ada beliau juga akan dipilih sebagai calon baharu, Armani menyerahkan perkara itu kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman. – BERNAMA

Tags: PRU14
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategik DAP mengimbas strategi Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib...

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

27/01/2024
0

KUALA LUMPUR: Kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menangani kemelut politik pasca-Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd