• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: Tentera AS Kongsi Pengalaman Peluk Islam

oleh AK-47
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

VIDEO seorang bekas tentera Amerika Syarikat menceritakan bagaimana dia tertarik untuk memeluk agama Islam menjadi tular di media sosial.

Rakaman yang asalnya dimuat naik oleh One Path itu kemudiannya dikongsikan di laman Facebook Explore Islam, sehingga ia menerima 111,275 perkongsian dan ditonton lebih lima juta kali.

Dalam video berkenaan, bekas tentera yang dikenali sebagai Randy, menceritakan detik permulaan ketika dia mula tertarik dengan Islam ketika di Afghanistan.

“Satu hari, ketika saya sedang menjaga pagar ini dengan bersenjatakan senapang untuk mengawal, tiba-tiba sebuah trak menuju ke arah saya.

“Ketika trak itu semakin menghampiri saya, saya pun menjerit ‘berhenti, berhenti, berhenti’, sebelum seorang pemandu trak itu keluar berjalan menuju ku arah pagar,” katanya menerusi video.

Randy kemudian merasa hairan melihatkan wajah lelaki itu yang asik tersenyum kepadanya sambil mengatakan di dalam hati “lelaki ni dah gila gamaknya.”

“Tapi ada sesuatu yang memberitahu saya supaya jangan menembak, ada sesuatu yang menahan saya supaya tidak menarik picu.

“Apa yang berlaku selepas itu adalah dia mendekati saya. Dari perbualan kami, saya beritahu yang dia tidak boleh masuk ke dalam pagar,” katanya.

Kemudian Randy mengajukan senjatanya ke arah lelaki itu dengan menegaskan yang lelaki itu sepatutnya berasa takut dengannya.

“Bagaimanapun, dia memandang saya sambil tersenyum sambil jarinya menunjukkan ke arah langit dengan berkata: ‘Saya hanya takutkan Allah yang satu’.”

Ekoran kejadian terbabit, ia memberi inspirasi kepada Randy untuk mengenali Islam dengan lebih dekat sebelum memeluk agama itu ketika kembali ke AS.

“Saya kembali pada Oktober 2011 dan saya mengucap Syahadah di Masjid Farouq.

“Satu perkara yang akan saya beritahu sesiapa pun yang ingin mengenali Islam adalah jangan teragak-agak.

“Jangan takut untuk melawat masjid dan jangan gementar untuk bercakap dengan orang Muslim.

“Terutama media, jangan percaya dengan apa yang media beritahu kamu. Itu peraturan nombor satu.

“Jangan benarkan sesiapa beritahu kamu yang ISIS atau Taliban mewakili Islam. Kerana jika itu kesnya, jadi KKK mewakili Kristian. Dan semua orang tahu perkara itu tidak benar.

“Jangan benarkan sesiapa beritahu kamu Islam tu apa sehingga kamu buat kajian sendiri,” katanya lagi. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Amerika SyarikatislamPeluk IslamTentera
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Doktrin Penyatuan Ummah Ibarat Candu Politik, Macam Orang Ketagih Dadah – Rafizi

Doktrin Penyatuan Ummah Ibarat Candu Politik, Macam Orang Ketagih Dadah – Rafizi

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli mendakwa doktrin panyatuan ummah ibarat candu untuk membuatkan orang Melayu...

“Orang Melayu Islam Telah Dikhianati” – PMX Anwar

“Orang Melayu Islam Telah Dikhianati” – PMX Anwar

11/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak dapat hadir Sidang Khas Dewan Rakyat mengenai Laporan Suruhanjaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd