• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Umat Islam Diseru Sabar Hadapi Dugaan Ramadan

oleh AK-47
22/06/2017
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Umat Islam diseru untuk terus bersabar dalam menghadapi setiap dugaan teutamanya pada akhir Ramadan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, menahan lapar dan dahaga sebagaimana yang dirasai golongan yang kurang bernasib baik memerlukan nilai kesabaran yang tinggi, begitu juga dalam melakukan ibadah sunat sepanjang bulan Ramadan.

“Walaupun kita sudah menghampiri penghujung Ramadan, saya harap kita dapat terus mengamalkan sifat sabar dalam mengharungi dugaan yang diberikan oleh Allah SWT.

“Ingatlah bahawa dugaan adalah satu ujian untuk menilai sejauh mana kesabaran dan keimanan kita,” katanya dalam posting terbaru di blog beliau www.najibrazak.com.

Dalam masa yang sama beliau turut berkongsikan mengenai ayat dalam kitab suci al-Quran yang menjelaskan tentang kesabaran.

“Sifat sabar ini juga adalah satu sifat yang disukai oleh Allah SWT. Bayangkan betapa mulianya sifat sabar ini apabila terdapat 43 ayat yang menjelaskan tentang kesabaran dalam Al Quran. Antaranya, dalam Al-Baqarah ayat 153, Allah SWT telah berfirman:

“Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar.”

Allah SWT juga sentiasa melindungi dan memberi kemenangan kepada orang yang yang bersabar. Dalam Surah Al-Anfaal ayat 66, Allah SWT berfirman:

“Sekarang Allah telah meringankan daripada kamu (apa yang telah diwajibkan dahulu) kerana Ia mengetahui bahawa pada kamu ada kelemahan; oleh itu jika ada di antara kamu seratus orang yang sabar, nescaya mereka akan dapat menewaskan dua ratus orang; dan jika ada di antara kamu seribu orang, nescaya mereka dapat menewaskan dua ribu orang dengan izin Allah. Dan (ingatlah) Allah beserta orang-orang yang sabar.”

Beliau turut menjadikan kisah perjuangan Rasulullah S.A.W yang sentiasa bersabar dalam memperjuangkan syiar Islam.

“Banyak cabaran, cacian dan tentangan yang baginda hadapi tetapi Alhamdulillah, berkat kesabaran baginda, Islam telah berjaya disebarkan.

“Justeru, saya harap sama-samalah kita mengambil inspirasi akan kesabaran Rasulullah SAW dalam menghadapi dugaan, kerana Allah SWT telah menjanjikan kemenangan kepada mereka yang bersabar,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Perdana Menteriramadansabar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Hubungi Perdana Menteri Norway, Bantah Keputusan Batal Eksport Sistem Peluru Berpandu NSM

PMX Anwar Hubungi Perdana Menteri Norway, Bantah Keputusan Batal Eksport Sistem Peluru Berpandu NSM

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyuarakan bantahan keras Malaysia terhadap keputusan unilateral Norway membatalkan lesen eksport...

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyarankan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menyasarkan pihak bank berbanding...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd