• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, January 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TUDM Serah Cek TAPPN Kepada Balu Mejar Yazmi

oleh AK-47
23/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hari ini menyerahkan cek bernilai RM22,000 sumbangan Tabung Amanah Perwira dan Pertahanan Negara (TAPPN) kepada balu Allahyarham Mejar Yazmi Mohamed Yusof yang terkorban dalam nahas pesawat Hawk 108 di Terengganu, Khamis lepas.

Panglima Operasi Udara TUDM Leftenan Jeneral Datuk Seri Abdul Mutalib Ab Wahab yang mewakili Panglima TUDM berkata sumbangan khas berkenaan ialah daripada Angkatan Tentera Malaysia dan pihak kerajaan.

“Saya berharap sumbangan ini akan sedikit sebanyak membantu waris keluarga Allahyarham Mejar Yazmi dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

“Selain itu, akan ada lagi sumbangan lain secara berperingkat seperti pencen, insurans serta faedah-faedah yang disediakan kerajaan yang memakan masa dua sehingga tiga bulan,” katanya pada majlis penyerahan TAPPN di rumah keluarga Allahyarham Yazmi di Taman Titiwangsa di sini.

Abdul Mutalib berkata pembayaran TAPPN hanya dibuat kepada anggota benefisiari yang tercedera atau waris-waris anggota jika anggota terlibat telah meninggal dunia semasa menjalankan tugas operasi atau tugas aktif.

Tambahnya, kadar penuh bantuan saguhati TAPPN bagi kes kematian akibat tugas akan diberi sekali kepada balu atau duda anggota terbabit.

Dalam pada itu, balu Allahyarham Yazmi, Noor Shafora Izwa Mohd Helmi, 39, mengucapkan terima kasih kepada TUDM atas sumbangan TAPPN yang diberikan kepadanya.

“Sumbangan TAPPN yang diberi dapat membantu saya bersama enam anak pada sambutan Aidilfitiri nanti,” katanya.

Ditanya mengenai persiapan Aidilfitri tanpa kehadiran arwah suami di sisi, Noor Shafora Izwa berkata beliau akan menyambut lebaran bersama keluarganya di Kuala Lumpur.

Yazmi dan seorang lagi juruterbang, Mejar Mohd Hasri Zahari, 31, terkorban apabila pesawat Hawk 108 yang dinaiki mereka dipercayai terhempas di kawasan hutan berpaya di Chukai, Terengganu pada Khamis lepas.

Dalam kejadian itu, pesawat berkenaan berlepas dari Pangkalan TUDM Kuantan pada pukul 11 pagi, sebelum dilaporkan terputus hubungan kira-kira setengah jam kemudian.

Jasad kedua-dua juruterbang itu ditemui pada 2.30 petang dalam jarak antara 20 meter antara satu sama lain, dengan payung terjun masing-masing yang menunjukkan mereka telah melepaskan diri daripada pesawat itu.

– BERNAMA

Tags: Allahyarham Mejar Yazmisumbangan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

18 Anggota FRU Terlibat Nahas Terima Sumbangan Pelbagai Pihak

18 Anggota FRU Terlibat Nahas Terima Sumbangan Pelbagai Pihak

25/05/2025
0

IPOH - Waris dan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Unit 5 Ipoh yang terlibat dalam kemalangan di Teluk Intan pada...

PM Anwar Hulur Sumbangan Kepada Pelakon Nur Azifah

PM Anwar Hulur Sumbangan Kepada Pelakon Nur Azifah

22/05/2024
1

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada pelakon Nur Azifah Zainon Abidin bagi membantu meringankan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd