• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TN50: Kenal Pasti Bidang Khusus Terus Berdaya Saing

oleh AK-47
13/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia perlu mengenal pasti bidang pengkhususan untuk terus berdaya saing di peringkat global, khususnya menjelang 2050.

Beliau berkata cabaran yang masih dihadapi Malaysia dalam usaha mentransformasikan ekonomi negara adalah mendorong pertumbuhan ekonomi yang berlandaskan produktiviti, menggerakkan industri kepada aktiviti nilai tambah tinggi dan meraih peluang berikutan revolusi teknologi industri 4.0.

“Transformasi Nasional 2050 (TN50) merupakan aspirasi jangka panjang negara, dan saya ingin Malaysia berada pada tahap 20 negara terbaik dunia menjelang 2050.

“Sehubungan itu, kita perlu menetapkan pencapaian atau sasaran jangka pendek dan sederhana untuk mencapai sasaran itu,

“Kita perlu ada asas untuk masa hadapan yang selari dengan rancangan pembangunan negara. Saya mengharapkan sasaran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mampu mencecah RM2 trilion menjelang tahun 2025,” katanya.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata demikian pada sesi perbincangan meja bulat isu-isu semasa bersama usahawan kecil dan sederhana/usahawan tekno dan persatuan di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp Malaysia Datuk Dr Habsah Hashim, Presiden Kebangsaan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Malaysia, Michael Kang Hua Keong.

Sesi dialog meja bulat ekonomi tersebut membincangkan isu semasa berkaitan ekonomi dan mendapatkan maklum balas mengenai TN50.

Najib berkata PKS Malaysia sememangnya memainkan peranan besar sebagai ejen ekonomi dalam menyokong pertumbuhan ekonomi negara.

“Ini terbukti apabila sumbangan PKS kepada KDNK negara pada 2015 meningkat kepada 36.3 peratus berbanding 35.9 peratus pada tahun sebelumnya atau bersamaan dengan RM385.6 bilion nilai tambah,” katanya.

Najib berkata Malaysia perlu terus mempertingkatkan daya saing negara terutama melalui usaha untuk meningkatkan produktiviti.

Oleh itu, beliau berkata Pelan Tindakan Produktiviti Malaysia, yang dilancarkan pada 8 Mei lalu bertujuan memacu peningkatan produktiviti negara di semua peringkat — nasional, sektor dan perusahaan.

Pada 2015, beliau berkata produktiviti pekerja bagi sektor PKS adalah pada kadar RM47,000 seorang dan menyasarkan produktiviti akan mencapai RM76,400 bagi seorang pekerja menjelang 2020.

Beliau berkata kerajaan mengambil beberapa dasar berani seperti memperkenal Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), melaksanakan rasionalisasi subsidi dan mengurangkan defisit fiskal dan ia ternyata berkesan dan menjadikan ekonomi negara lebih berdaya tahan.

“Komitmen kerajaan mengukuhkan ekonomi negara dan kewangan kerajaan diiktiraf agensi penarafan kredit antarabangsa. Kini, rakyat juga dilihat telah mula memahami keputusan yang diambil kerajaan tersebut dan semakin menyokong perubahan yang dilaksanakan,” katanya.

Najib berkata sesi meja bulat sedemikian mampu memberi penyelesaian isu-isu ekonomi semasa, termasuk isu jangka masa sederhana dan panjang seperti rancangan Malaysia serta TN50. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Semoga Aidiladha Kali Ini Hadir Bersama Khabar Baik – Nazif Najib

Semoga Aidiladha Kali Ini Hadir Bersama Khabar Baik – Nazif Najib

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Desas-desus kemungkinan pembebasan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semakin bertiup kencang susulan satu hantaran...

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategik DAP mengimbas strategi Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd