Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Warga Emas Tukar Pengakuan...

SEREMBAN - Seorang warga emas menukar pengakuan daripada bersalah kepada tidak bersalah di...

Bekas Bintang Bola Sepak...

KAHERAH - Seorang bekas bintang bola sepak Mesir semalam dimasukkan dalam senarai pengganas...

VIDEO: Pegawai Polis Ini...

VIDEO memaparkan seorang pegawai polis berpangkat tinggi memberi amaran kepada peminjam wang haram...

Mati Lemas Ketika Memancing...

HULU TERENGGANU - Kegembiraan enam sahabat menghabiskan cuti hujung minggu dengan memancing di...

Tindakan Tegas Individu Miliki, Berniaga Mercun

IPOH – Polis akan ​​​mengambil tindakan tegas terhadap individu yang didapati memiliki, menyimpan, menggunakan atau berniaga mercun dan bunga api tanpa kebenaran pasukan keselamatan itu.

Ketua Polis Perak Datuk Hasnan Hassan berkata menjelang musim perayaan Aidilfitri, pihaknya melarang mana-mana individu memiliki, menyimpan, menggunakan atau berniaga mercun dan bunga api kecuali yang dibenarkan sahaja.

“Antara mercun dan bunga api dibenarkan adalah jenis ‘pop-pop’ dan ‘happy boom’ mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan dan dibenarkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hasnan berkata individu yang didapati melakukan kesalahan boleh dikenakan tindakan di bawah Perkara 74 hingga 78 Peraturan-peraturan Bahan Letupan 1923. – BERNAMA

Kategori