• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Kes Baharu H5N1 Dikesan Di Kelantan

oleh Ahmad Albab
01/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Tiada jangkitan baharu penyakit selesema burung (H5N1) dikesan di Kelantan sejak 64 hari lepas, menurut Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV).

JPV dalam kenyataan hari ini berkata sehingga kini, 36 lokasi disahkan positif wabak itu melibatkan enam jajahan iaitu 15 lokasi di Kota Bharu, enam di Pasir Mas, lima di Tumpat, enam di Bachok, tiga di Pasir Puteh, dan satu di Tanah Merah, melibatkan 51 premis.

“Jumlah pelupusan adalah 56,953 ternakan unggas dan 17,531 biji telur. Bagi aktiviti pemantauan, jumlah sampel yang diambil 3,792 daripada 647 pemilik,” menurut kenyataan berkenaan.

Melalui operasi sekatan jalan raya di empat lokasi strategik pula, sebanyak 23,689 kenderaan telah diperiksa dengan 61 kes rampasan melibatkan 286 unggas.

Menurut JPV, sehingga kini tiada jangkitan H5N1 dikesan dalam kalangan manusia manakala negeri lain pula kekal bebas wabak itu, namun berada dalam tahap kesiapsiagaan yang tinggi.

Orang ramai juga tidak perlu bimbang untuk menikmati telur dan ayam pedaging yang dijual di pasaran kerana ia dikeluarkan oleh penternak di negeri yang bebas penyakit tersebut.

Pada 15 Mac lepas, kerajaan Kelantan mengisytiharkan wabak H5N1 sebagai bencana negeri susulan kematian ayam kampung akibat wabak berkenaan di Kampung Pulau Tebu, Tunjong, di sini pada 6 Mac. – BERNAMA

Tags: H5N1Kelantan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Annuar Musa Kemuka Formula Pembahagian Kerusi Muafakat Nasional 2.0 UMNO PAS

Annuar Musa Kemuka Formula Pembahagian Kerusi Muafakat Nasional 2.0 UMNO PAS

04/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa mencadangkan agar Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dijadikan titik...

Tema ‘Bunian’ Sambutan Hari Jadi Anak Jutawan Kelantan Cetus Perdebatan Netizen

Tema ‘Bunian’ Sambutan Hari Jadi Anak Jutawan Kelantan Cetus Perdebatan Netizen

31/05/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR _ Sambutan hari jadi yang didakwa melibatkan anak perempuan seorang jutawan terkenal dari Kelantan menjadi perhatian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd