• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terima Kasih PM, Aidilfitri Istimewa Buat Sofea Qaisara

oleh AK-47
28/06/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Perkara pertama apabila melihat wajah pemimpin yang disayangi itu, Sofea Qaisara Syafiq Khuzairil terus menjulurkan tangannya untuk minta didukung oleh Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis rumah terbuka Aidilfiitri di Seri Perdana di sini pada 1 Syawal.

Tangan kecil kanak-kanak berusia lima tahun itu, yang menghidap Sindrom Dandy-Walker (DWS) iaitu masalah penglihatan, cacat fizikal dan pembelajaran, terus disambut oleh Najib dengan senyuman, sekali gus bibir kanak-kanak itu mula mengukir senyuman lebar.

Kemesraan antara si cilik dan perdana menteri itu terus mencuitkan hati semua hadirin apabila melihat perasaan gembira dan teruja jelas terpancar pada wajah Sofea Qaisara.

Sofea Qaisara bersama ibunya, Ummikhalthom Ayub, 37, dan kakanya Sofea Qalisya, 7, telah dijemputkhas oleh Najib untuk menghadiri majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri dan JemaahMenteri di sini, Ahad lepas.

Sambutan Aidilfitri tahun ini buat tiga beranak itu amat istimewa dan bermakna apabila mereka menerima ‘hadiah’ dalam bentuk sebuah kediaman baharu yang lebih selesa daripada perdana menteri.

Tanggal 22 Jun, tarikh yang sukar dilupakan Ummikhalthom apabila Najib sendiri membuat ‘kejutan’ dengan menghadiahkan seunit pangsapuri dilengkapkan perabot kepadanya di Pangsapuri Putra Damai di Presint 11 di sini.

“Sehingga hari ini saya masih tidak percaya apa yang berlaku pada hari itu (22 Jun)…tidak pernah terlintas dalam fikiran saya bahawa perdana menteri akan menghadiahkan unit kediaman kepada kami tiga anak-beranak,” kata Ummikalthom kepada Bernama.

“Kami sekeluarga amat berterima kasih kepada perdana menteri. Beliau seorang pemimpin yang prihatin dan berhati mulia. Beliau turun padang dan mengambil tahu masalah rakyat.

“Hari Raya Aidilfitri tahun ini amat istimewa dan bermakna buat kami sekeluarga. Terima kasih PM,” kataUmmikalthom yang kini bekerja sebagai pembantu operasi di myFarm Outlet di sini.

Kediaman tiga bilik seluas 700 meter persegi itu dilengkapkan dengan perabot dan kelengkapan seperti sofa, televisyen, mesin basuh, peti ais dan kelengkapan dapur. Selain perabot, rumah baharu mereka juga terdapat bilik mainan yang dihias khas untuk Sofea Qaisara dan kakaknya.

“Adik (Sofea Qaisara) sangat suka bilik itu,” katanya.

Selain hadiah istimewa itu, Najib meminta Jabatan Kebajikan Masyarakat terus menghulurkan bantuan sebanyak RM300 sebulan dan bekalan lampin setahun kepada Sofea Qaisara. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun Razak
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Semoga Aidiladha Kali Ini Hadir Bersama Khabar Baik – Nazif Najib

Semoga Aidiladha Kali Ini Hadir Bersama Khabar Baik – Nazif Najib

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Desas-desus kemungkinan pembebasan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semakin bertiup kencang susulan satu hantaran...

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategik DAP mengimbas strategi Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd