Saturday, July 13, 2024

Creating liberating content

TMJ Tinggalkan JDT

KUALA LUMPUR: Arena bola sepak tempatan 'bergoncang' selepas pemilik pasukan Johor Darul Ta'zim...

Hukuman Mata Dibalas Dengan...

TEHERAN – Seorang lelaki menerima hukuman yang menakutkan apabila dihukum `mata untuk mata’...

546 Kes Jenayah Babit...

KOTA BHARU - Pengaruh rakan dan lokasi bersempadan negara jiran ialah antara faktor...

Provokasi Korea Utara: Jepun...

TOKYO - Ketua sekretariat Majlis Keselamatan Negara Jepun Shotaro Yachi pada Isnin menggesa...

Tentera Filipina Maut Dalam Serangan Udara Marawi

SERAMAI 10 anggota tentera Filipina dilaporkan maut akibat serangan udara yang mensasarkan kumpulan militan dalam pertempuran  di Marawi.

Lapan tentera juga dilaporkan mengalami kecederaan dalam serangan pada Rabu itu, menurut  Setiausaha Pertahanan Filipina, Delfin Lorenzana.

Sejak seminggu lalu, lebih 100 nyawa terkorban dalam  pertempuran antara pihak tentera dan kumpulan militan di bandar berkenaan.

Ia tercetus selepas pihak tentera Filipina cuba untuk menahan pemimpin kumpulan berkenaan.

“Semalam kita berdepan dengan tragedi membabitkan anggota kita di mana sekumpulan anggota terkena serangan udara yang dilancarkan oleh pihak kita sendiri.

“Dalam serangan yang mensasarkan kumpulan militan itu, 10 anggota kita maut manakala lapan orang lagi cedera,” katanya memetik laporan BBC.


Presiden Filipina, Rodrigo Duterte mengisytiharkan undang-undang tentera di selatan kepulauan Mindano di mana terletaknya bandar Marawi.

Pihak tentera Filipina dilihat menggunakan pasukan bersenjata dan serangan udara menggunakan helikopter untuk mengusir kumpulan militan luar dari bandar berkenaan. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=QOgdtcZuyg4

Kategori