• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suhakam Siasat Kehilangan Pastor Raymond Koh

oleh AK-47
17/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mahu menyiasat sendiri kes-kes orang kehilangan antaranya Pastor Raymond Koh, Amri Che Mat, Pastor Joshua Hilmi dan Ruth Hilmi.

Pengerusinya, Tan Sri Razali Ismail mendakwa, siasatan oleh Suhakam itu adalah selaras dengan mandat dan kuasanya sebagai sebuah suruhanjaya hak asasi manusia di negara ini.

“Suhakam akan menyiasat kes-kes orang yang hilang/kehilangan Pastor Raymond Koh, Amri Che Mat, Pastor Joshua Hilmi dan Ruth Hilmi bagi membantu pihak berkuasa menjalankan siasatan mereka.

“Memandangkan beberapa kes orang yang hilang belum dapat diselesaikan serta tahap kebimbangan orang awam yang makin meningkat, Suhakam berpandangan bahawa masih banyak yang perlu dilakukan,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Razali berkata, semua mangsa dan keluarga terlibat mempunyai hak untuk mengetahui apakah yang berlaku, hak akses yang berkesan bagi mendapatkan keadilan serta hak memperolehi pampasan.

“Hak untuk mengetahui kebenaran merupakan asas isu ini yang dimensi secara individu dan menyeluruh. Orang awam berhak untuk mengetahui tentang keadaan orang yang hilang,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, Suhakam menyeru individu yang mempunyai maklumat relevan dan penting untuk tampil berhubung kes itu supaya memberi kenyataan kepada Suhakam bermula hari ini sehingga 7 Julai 2017.

Kataya, kenyataan juga boleh dirakam melalui telefon dengan menghubungi Bahagian Aduan Suhakam talian 019-333 8490.

“Berdasarkan maklumat berkaitan yang diperolehi daripada orang awam dan hasil siasatan Suhakam yang berterusan, Suhakam akan menggunakan segala maklumat yang diperolehi ini untuk tindakan selanjutnya,” katanya. -MYNEWSHUB.CC

Tags: raymond kohSuhakam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

SUHAKAM Tuntut Penubuhan Segera RCI Siasat GISBH

SUHAKAM Tuntut Penubuhan Segera RCI Siasat GISBH

11/10/2024
0

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) menuntut penubuhan segera Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) menyiasat dakwaan pelanggaran hak asasi...

MoU Isu Tanpa Kewarganegaraan Di Sabah Diperbaharui 5 Tahun – Suhakam

MoU Isu Tanpa Kewarganegaraan Di Sabah Diperbaharui 5 Tahun – Suhakam

07/09/2023
0

SEMPORNA - Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) bersama Komisi Nasional Hak Asasi Manusia Indonesia (Komnas HAM), dan Suruhanjaya Hak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd