KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu kenyataan media memaklumkan sedang berusaha mengesan empat individu bagi membantu siasatan dua kes rasuah berasingan.
Individu terbabit ialah Au Weng Seng, 26, yang beralamat terakhir di Batu 2 ½ Jalan Kapar, Klang, Selangor, manakala alamat keduanya di Persiaran Rapat, Baru 1, Taman Song Choon, Ipoh, Perak.
Menurut SPRM, individu kedua yang sedang dikesan ialah Lim Yong Chein, 33, yang beralamat di Jalan Sentosa 53, Off Jalan Sungai Putus, Klang dan alamat keduanya di Batu Nilam 19B, Bukit Tinggi, Klang.
“Manakala alamat pejabat terakhirnya adalah di Jalan Bandar Rawang, 48000, Rawang. Individu ketiga yang dikesan ialah Zulkifli Mat Ali, 42. Alamat terakhirnya di Kampung Alor Pinggang, Pasir Mas, Kelantan.
“Individu keempat ialah Haykel Putra Rohani, 38. Alamat terakhir di Perumahan Awam Batu 2½, Jalan Simpang, 34000 Taiping,” kata kenyataan itu hari ini.
Sehubungan itu, SPRM meminta pihak yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai keempat-empat individu berkenaan supaya menghubungi pihak SPRM. -MYNEWSHUB.CC

