Sunday, May 12, 2024

Creating liberating content

Saari Sungib Ugut Keluar...

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Klang dari PAS Saari Sungib bersedia untuk...

2 Kanak-Kanak Dikhuatiri Lemas...

TUMPAT - Dua kanak-kanak lelaki, yang dikhuatiri lemas ketika mencari kepah di lagun...

Buda Anchah Azam Raih...

KUCHING - Atlet bina badan negara, Buda Anchah, 46, berazam untuk meraih pingat...

Ada Dalang Punca ADUN...

JOHOR BAHRU : Perikatan Nasional (PN) Johor mengesyaki ada parti politik tertentu menjadi...

Singapura Wajib Uber, Grab Tampal Pelekat Khas

SINGAPURA – Sekitar 27,000 kereta sewa persendirian sudah berjaya ditampal dengan pelekat khas, seminggu sebelum peraturan baharu mengenainya mula berkuat kuasa Sabtu depan.

Demikian diumumkan oleh Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) semalam menerusi satu kenyataan media yang turut disiarkan stesen penyiaran tempatan milik pemerintah, Channel NewsAsia di sini.

Bermula 1 Julai, semua kereta sewa peribadi yang digunakan untuk khidmat pengambilan penumpang harus memaparkan pelekat tersebut bagi memudahkan pihak berkuasa mengenal pasti kenderaan-kenderaan ini.

Pelekat-pelekat tersebut mesti dipasang jelas pada sebelah kanan cermin depan dan sebelah kiri cermin belakang kenderaan apabila dipandang dari luar kenderaan serta sentiasa dapat dilihat oleh penguat kuasa LTA.

Ia akan membantu agensi penguatkuasaan mengesan kesalahan seperti kereta tidak berdaftar digunakan secara haram untuk khidmat mengambil penumpang di jalan raya, seperti yang diumumkan LTA awal tahun ini.

Jika para pemandu kereta sewa persendirian sama ada Uber atau GrabCar gagal memasang pelekat tersebut, mereka boleh didakwa kerana ia merupakan satu kesalahan serius di bawah Akta Trafik Jalan Raya Singapura.

Butiran mengenai amaun denda bagaimanapun akan didedahkan pada satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian, tambah LTA. Namun pada kelaziman, hukuman sedemikian boleh dikenakan kompaun yang agak tinggi.


Di bawah syarat-syarat baharu yang diumumkan tahun lalu, pemandu kereta sewa peribadi juga harus menjalani dan lulus kursus selama 10 jam sebelum menerima Lesen Kejuruan Pemandu Kereta Sewa Privet (PVDL).

Kursus tersebut akan melengkapkan setiap pemohon dengan pengetahuan asas mengenai peraturan kereta sewa persendirian serta mutu khidmat dan juga aspek keselamatan terutama jika berlaku kes kecemasan.

Setakat ini, LTA menyatakan ia menerima sekitar 39,000 permohonan bagi PDVL. Daripada jumlah tersebut, 33,000 sudah diberi kelulusan untuk berdaftar bagi kursus PDVL dan sekitar 500 sudah melakukannya.

Pemandu berdaftar sebelum 30 Jun akan diberi tempoh setahun untuk jalani kursus malah dibenar terus memandu, tetapi, jika daftar selepas tarikh penutup itu harus mendapatkan lesen terlebih dahulu sebelum diizin memandu. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori