• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Kanak-Kanak Dikhuatiri Lemas Ketika Mencari Kepah Ditemui Maut

oleh Ahmad Albab
21/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TUMPAT – Dua kanak-kanak lelaki, yang dikhuatiri lemas ketika mencari kepah di lagun Pantai Seri Tujoh di sini semalam, ditemui maut tidak jauh dari tempat kejadian hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Kubor Penolong Penguasa Bomba Bustan Karudin berkata mayat mangsa pertama Mohd Faiz Haikal Mohd Firdaus, 8, ditemui terapung pada pukul 7.55 pagi ini kira-kira 20 meter dari tebing pantai.

Mayat mangsa kedua pula, Khairul Nizam Zulkifli, 10, ditemui pukul 10.40 pagi lebih kurang 100 meter dari tebing dan kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Tumpat untuk bedah siasat, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Semalam, keterujaan empat sahabat mencari kepah di lagun Pantai Sri Tujoh di Kampung Sungai Tapang di sini berakhir dengan tragedi apabila dua daripada mereka dikhuatiri mati lemas selepas berlaku air pasang di lagun itu.

Dalam kejadian pukul 2 petang itu, kedua-dua mangsa, Mohd Faiz Haikal dan Khairul Nizam dilaporkan hilang ketika cuba untuk kembali ke tebing.

Dua lagi rakannya, Mohd Aiman Masoho, 11, dan Mohd Fairuz Ikhwan Abdullah, 10, terselamat dalam kejadian itu. – BERNAMA

Tags: kanak-kanakmati lemas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

15/02/2026
0

SHAH ALAM: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun ditemui rentung, manakala seorang lelaki cedera dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat...

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tangisan tanpa henti seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dipercayai menjadi punca dia dipukul anak pengasuh di sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd