• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, October 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Shahrol Shiro Ditolak Ketika Menyamar Gelandangan

oleh AK-47
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TULAR di media sosial, video pelawak terkenal Shahrol Shiro dikasari oleh dua lelaki ketika dia sedang menyamar sebagai gelandangan bersama seorang krew MaxManTV berdekatan Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Menerusi video itu, Shahrol dilihat dihalau dan ditolak-tolak pemuda yang mendakwa ‘penjaga kawasan’ ketika sedang tumpang berehat di situ.

Dua pemuda berbadan sasa itu turut memeriksa badan Shahrol dan rakannya itu seolah-olah mengesyaki mereka menghisap dadah.

Lebih melampau, pemuda tersebut turut menolak Shahrol sehinggakan dia jatuh tersembam atas rumput.

Turut kedengaran Shahrol menjerit ‘relaks lah…!’ kepada pemuda tersebut.

Shahrol turut memuat naik video tersebut menerusi laman Facebooknya menyatakan dia sendiri tidak menyangka gelandangan dilayan teruk sebegitu rupa.

“Pengalaman selama tiga hari sebagai gelandangan sudah cukup membuka mata dan minda saya. Kota raya Kuala Lumpur mengajar tentang erti kesyukuran dengan apa yang kita ada sekarang.

“Banyak mata yang aku lihat sepanjang sosial eksperimen ini, ada yang memandang angkuh, ada yang kesian,” tulisnya di Facebook.

Pada masa yang sama, Shahrol turut berharap agar netizen menghulurkan bantuan dan memberikan sedekah kepada golongan gelandangan.

Shahrol Shiro Ditolak Ketika Menyamar Gelandangan

Difahamkan, Shahrol menyamar sebagai gelandangan selama tiga hari kerana terlibat dalam satu program sosial eksperimen yang disiarkan di platform Astro Gempak dengan kerjasama MaxManTV bertajuk Undercover Selebriti. – MYNEWSHUB.CC

Tags: gelandanganshahrol shiro
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Shahrol Shiro Dilantik Pengajar Kursus Citra UKM, Fokus Latihan Stand-Up Comedy

Shahrol Shiro Dilantik Pengajar Kursus Citra UKM, Fokus Latihan Stand-Up Comedy

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) memaklumkan pelantikan pelawak dan penggiat seni, Shahrol Azizie Azmi atau lebih dikenali sebagai...

Maszlee Buat Kelakar, Itu Jalan Persekutuan Bukan Jalan Negeri – Shahrol Shiro

Maszlee Buat Kelakar, Itu Jalan Persekutuan Bukan Jalan Negeri – Shahrol Shiro

01/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Calon Pakatan Harapan (PH), Dr. Maszlee Malik didakwa tersilap apabila membuat 'content' untuk mengkritik keadaan jalan di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd