• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Serangan Tanda Islamophobia Makin Meningkat

oleh AK-47
22/06/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengecam serangan keganasan terhadap umat Islam berhampiran Masjid Finsbury Park, London Isnin lalu, yang dikhuatiri berpunca daripada peningkatan gejala Islamophobia di Eropah.

Pertubuhan itu dalam satu kenyataan media berkata serangan yang menyasarkan penganut mana-mana agama adalah serangan terhadap nilai kemanusiaan sejagat.

Setiausaha Agungnya, Dr. Yousef Al-Othaimeen berkata insiden tersebut amat mendukacitakan, dan ia berlaku selepas beberapa siri serangan keganasan di United Kingdom (UK) yang menimbulkan kebimbangan mengenai kemungkinan serangan balas terhadap umat Islam.

Beliau turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa, kerajaan dan rakyat UK serta menggesa pihak berkuasa membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.

Beliau turut menegaskan prinsip dan pegangan 57 negara anggota OIC yang menolak sebarang bentuk perbuatan keganasan.

Dalam insiden itu, sebuah van merempuh jemaah masjid yang baharu sahaja selesai berbuka puasa dan menunaikan solat Tarawih, menyebabkan seorang terbunuh dan 10 yang lain cedera.

Insiden itu dilaporkan berlaku ketika kebimbangan serangan balas dilakukan terhadap umat Islam, susulan dua serangan maut di UK iaitu di Manchester Arena dan London Bridge, baru-baru ini. Kumpulan militan Daesh mengaku bertanggungjawab terhadap kedua-dua serangan tersebut.

Ia juga kes ketiga di London melibatkan suspek yang menggunakan kenderaan untuk menyerang orang awam sejak Mac lalu.

Polis menahan seorang lelaki, Darren Osborne, 47 berasal dari Cardiff, Wales, yang dipercayai terlibat dalam serangan berdarah itu untuk siasatan lanjut. – BERNAMA

Tags: IslamophobiaOIC
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

OIC Kecam Penutupan Masjid Al-Aqsa Selama Lapan Hari Berturut-turut

OIC Kecam Penutupan Masjid Al-Aqsa Selama Lapan Hari Berturut-turut

08/03/2026
0

Oleh Mynewshub  JEDDAH – Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengecam keras tindakan pihak berkuasa Israel yang terus menutup Masjid Al-Aqsa serta...

OIC, Liga Arab, PBB Digesa Tegas Tolak Cadangan Trump

OIC, Liga Arab, PBB Digesa Tegas Tolak Cadangan Trump

27/01/2025
0

SHAH ALAM - Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Liga Arab dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) digesa supaya mengambil tindakan tegas dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd