• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, February 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Selangor Beri Bantuan Khas Aidilfitri 2 Bulan Gaji

oleh Ahmad Albab
13/06/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini mengumumkan bantuan khas kewangan sempena Aidilfitri sebanyak dua bulan gaji kepada kakitangan kerajaan negeri yang akan dibayar 21 Jun ini.

Beliau berkata seramai 17,703 penjawat awam Selangor bakal menerima bantuan kewangan khas itu yang membabitkan peruntukan RM63.3 juta.

“Ini adalah tanda penghargaan kepada penjawat awam di atas komitmen dan dedikasi mereka dalam memaju dan membangunkan negeri Selangor.

“Dan ini juga adalah berdasarkan prestasi kewangan semasa dan sebab itu kita bersetuju memberikan bantuan ini kepada penjawat awam,” katanya ketika berucap pada Majlis Rapat Ramadan Penjawat Awam bersama Menteri Besar Selangor di Auditorium Dewan Jubli Perak di sini.

Beliau berharap pemberian bantuan khas itu dapat meringankan beban kewangan penjawat awam negeri bagi persiapan menyambut Aidilfitri.

Dalam pada itu Mohamed Azmin berkata kerajaan negeri Selangor turut bercadang untuk memberikan satu lagi insentif kewangan kepada penjawat awam pada penghujung tahun ini, namun ia tertakluk kepada prestasi jabatan dan anggota perkhidmatan awam negeri.

“(Jumlah) insentif itu akan kita umumkan kelak dan ia bergantung kepada prestasi jabatan dan anggota. Sekiranya mereka berkhidmat dengan lebih cemerlang, sudah tentu mereka mendapat ganjaran lebih besar,” katanya. – BERNAMA

Tags: BonusKerajaan Selangor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lebih 20 Hari Penduduk Bergelap, Kerajaan Selangor Adakan Mesyuarat Isnin Ini Cari Penyelesaian

Lebih 20 Hari Penduduk Bergelap, Kerajaan Selangor Adakan Mesyuarat Isnin Ini Cari Penyelesaian

26/12/2025
0

PELABUHAN KLANG: Kerajaan Selangor akan mengadakan mesyuarat pada Isnin ini bagi membincangkan tindakan selanjutnya berhubung pembaikan sistem pendawaian elektrik membabitkan...

Bonus RM500 Untuk Semua Penjawat Awam Gred 56 Ke Bawah

Bonus RM500 Untuk Semua Penjawat Awam Gred 56 Ke Bawah

18/10/2024
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju untuk memberi Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd