• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sayu… Suami Isteri Maut Tercampak Ke Gaung

oleh AK-47
19/06/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASIR MAS – Sepasang suami isteri maut selepas kenderaan yang mereka naiki terbabas ke dalam gaung akibat tayar pecah di Jalan Pasir Mas-Rantau Panjang, dekat Batu Karang, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 6.40 pagi itu, rakyat Thailand, Jehsalamae Ma-Ae, 48, dan isterinya warga tempatan, Noorashikin Berahang, 45, tercampak dari kenderaan dan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Manakala anak lelaki pasangan terbabit iaitu Mustaqim, 22, hanya cedera ringan.

Sayu... Suami Isteri Maut Tercampak Ke Gaung

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Ibrahim Saad berkata mangsa dalam perjalanan ke Pasir Mas dari kediaman mereka di Rantau Panjang sebelum tayar van Ford Spectron dinaiki pecah.

“Ekoran daripada itu, van yang dipandu Jehsalamae hilang kawalan sebelum terbabas dan menjunam ke dalam gaung di sebelah kanan jalan,” katanya.

Pasangan suami isteri itu mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Pasir Mas untuk bedah siasat dan anak mangsa mendapat rawatan sebagai pesakit luar. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

*Video di bawah sekadar hiasan…

Tags: kemalanganSuami Isteri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

26/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ALOR GAJAH – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung penemuan seorang lelaki yang ditemukan meninggal dunia di Kilometer 198.5...

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub  SHAH ALAM – Misteri kehilangan seorang lelaki yang tidak pulang ke rumah selepas keluar bekerja akhirnya terungkai dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd